AKTIVIS dan personaliti media sosial, Farah Lee berkongsi perkembangan kesihatannya selepas didiagnosis mempunyai sista atau cyst dalam tubuh.Menurut Farah atau Farahin Romli, 33, walaupun cyst yang dialaminya semakin membesar, ia tidak membahayakan kesihatannya. Malah, jelas Farah, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian kepada misi-misi kemanusiaan terlebih dahulu sebelum menjalani pembedahan yang dijangka dilakukan selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.Farah mahu fokus misi kemanusiaan sebelum lakukan pembedahan buang cyst."Sebenarnya cyst itu dah makin besar sekarang, tapi ia tidak memudaratkan. "Jadi saya jalankan misi-misi kemanusiaan dahulu, kemudian mungkin lepas raya baru saya jalani pembedahan untuk membuang cyst," katanya kepada mStar.Berkongsi lanjut, Farah berkata dia sudah menyedari kehadiran ketumbuhan itu lebih dua tahun lalu.Malah, Farah berkata, kurang rehat serta masalah hormon yang tidak normal menjadi punca cyst tersebut semakin membesar.ARTIKEL BERKAITAN: “Kami ditindas, dimalukan di hadapan orang ramai” - Farah Lee sebak imbas pengalaman jadi tahanan IsraelARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee kecil hati dituduh ‘makan’ duit sumbangan, pengurusan dana terpampang dalam laman web"Dah lama saya ada cyst ini. Rasanya sudah lebih dua tahun saya sedar penyakit ini ada dalam badan. "Dulu tak besar sangat, cuma mungkin sejak kebelakangan ini ia membesar sebab saya tak cukup rehat, ditambah hormon pun tidak stabil. Jadi cyst dalam badan ini membesar dengan cepat."Insya-Allah semuanya baik-baik sahaja. Harap semua doakan yang terbaik buat saya," ujarnya.Berkongsi mengenai misi kemanusiaan terdekat, Farah berkata dia akan ke beberapa negara termasuk Indonesia, Laos, Syria, dan Afghanistan untuk menghulurkan bantuan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskannya, Childrity.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube