suria

Dr Afifah terkejut Nubhan tak hadir prosiding sulh… Mohon kerjasama bekas suami untuk persiapan sekolah anak, dakwa tiada tempat tinggal

Nubhan (kiri) gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding proses sulh.

BEKAS isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek terkejut apabila bekas suaminya itu gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada Khamis bagi proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian. 

Menurut Dr Afifah, ketidakhadiran Nubhan menimbulkan kesukaran khususnya melibatkan kebajikan anak mereka yang bakal memulakan sesi persekolahan dalam masa terdekat.

Kata Dr Afifah, segala maklumat berkaitan sekolah anak termasuk keperluan persekolahan telah dimaklumkan kepada Nubhan, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima.

Dr Afifah (kanan) mahu Nubhan beri kerjasama atas urusan anak-anak.

Dr Afifah (kanan) mahu Nubhan beri kerjasama atas urusan anak-anak. 

"Saya harap dia hadir kalau boleh untuk prosiding akan datang. Bagi kerjasama sebab saya nak cepatkan untuk anak nak sekolah, kami tiada tempat tinggal, buku anak sekolah lagi.

"Saya dah hantar (maklumkan) semua buku sekolah, sebab dalam WhatsApp sekolah, nama saya. Jadi apa-apa maklumat mengenai sekolah, saya yang dapat.

"Jadi dia tiada maklumat itu, saya dah 'forward' pada dia semua, tetapi senyap, tiada ada respons. Buku anak dah beli ke? Baju sekolah anak dah beli ke? Anak nak sekolah lagi beberapa hari," katanya kepada Harian Metro. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Amanah membesarkan anak tetap tanggungjawab bersama” – Isteri Nubhan kongsi luahan hak penjagaan tiga cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie buat laporan polis, kesal barangan peribadi diusik tanpa izin... Pujuk anak cari rumah baharu

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff memaklumkan bahawa proses sulh sepatutnya dihadiri oleh kedua-dua pihak bagi membolehkan perbincangan secara harmoni dijalankan.

"Proses sulh berjalan hari ini yang mana Pegawai Sulh mendengar keterangan pihak plaintif berkenaan isu ini sewaktu prosiding sulh. Sepatutnya dihadiri kedua-dua pihak.

"Sebab itu yang diunjurkan Islam, yang terbaik untuk berbincang. Kegagalan defendan untuk hadir hari ini menyebabkan matlamat sulh tak dapat dicapai," ujarnya. 

Tambah Puteri Ummi Kartini, kehadiran defendan atau peguam yang mewakilinya adalah penting bagi memasukkan pembelaan di mahkamah.

"Peguam atau defendan sendiri kena hadir untuk memasukkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Mahkamah sudah menetapkan tarikh untuk sebutan pada 3 Februari ini, jam 10 pagi.

Dr Afifah mahu menyelesaikan urusan dengan bekas suami di mahkamah.

Dr Afifah mahu menyelesaikan urusan dengan bekas suami di mahkamah. 

"Kalau hari ini tak boleh datang, harap peguam syarie yang mewakilinya boleh datang sebab kita tak terima apa-apa notis ketidakhadiran defendan walaupun serahan notis sulh sudah dibuat kepada pihak defendan," katanya. 

Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain