suria
mStar - Urban.Versatil

Isteri dimarahi suami, dituduh tak amanah pandai-pandai ambil duit tabung basikal anak - “Saya beli lauk berbuka keluarga”

Suami perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita dimarahi suami kerana dituduh tidak amanah apabila dia menggunakan wang simpanan bagi tujuan membeli lauk berbuka puasa.

Menjelaskan apa yang berlaku, katanya wang itu disimpan atas arahan suami bagi membeli basikal untuk anak sulung mereka.

"Suami marah saya sebab terpakai duit yang dia suruh kumpul untuk beli basikal anak. Saya guna duit tu bukan untuk beli barang-barang saya tapi untuk lauk berbuka.

Perbelanjaan yang tidak mencukupi dalam keluarga boleh memberikan tekanan dan mencetuskan konflik rumah tangga.. -Gambar hiasan AI

"Saya sudah minta duit untuk beli lauk, dia kata tunggu dia dapat gaji. Makan je apa yang ada dulu. Saya rasa dia tak adil sebab utamakan duit untuk beli basikal berbanding lauk untuk keluarga makan.

"Saya sedih sangat apabila dia kata saya tak amanah simpan duit. Tak patut ke saya guna duit tu untuk beli lauk? Saya kecewa dengan suami sebab tuduh saya macam tu," luahnya.

Tambah wanita itu lagi, dia sempat memaklumkan perkara itu kepada anak sulungnya sebelum menggunakan wang berkenaan.

"Saya marah si kakak sebab mendesak ayah dia belikan basikal. Saya cakap dengan dia... mama nak guna duit kakak yang ayah bagi untuk beli lauk rumah kita dulu, boleh kan?

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji kecil tetap mahu jadi ‘provider’, tanggung semua perbelanjaan... Isteri bekerja dihalang bantu, guna wang untuk keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘resign’ lepas dapat anak istimewa, gaji suami tak cukup hingga terpaksa ‘korek’ simpanan - “Dia tak ada usaha cari duit lebih”

"Anak saya cakap tak boleh. Duit ayah bagi tu untuk beli basikal kakak. Apabila ayah dia balik kerja, dia mengadu saya guna duit dia beli lauk," jelas wanita itu lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dan menasihatkannya supaya terus bersabar dalam menghadapi ujian rumah tangga.

"Lain kali awak masak je apa yang ada. Kalau dia tanya ni je ke, awak cakaplah dah bagitahu lauk tak ada. Ni je yang ada pun.

"Jadi isteri ni kena kental sis sebab kebanyakan suami zaman sekarang ni jenis kita yang kena bimbing dia, bukan dia bimbing kita.

  • Guna duit basikal anak untuk beli lauk, isteri dimarahi suami dan dituduh tak amanah.
  • Wang simpanan beli basikal digunakan untuk juadah berbuka, suami naik angin awal pagi.
  • Isteri kecewa dituduh salah guna duit walaupun hanya mahu sediakan makanan keluarga.
  • Duit khas beli basikal jadi punca konflik, isu nafkah makan dipersoal.
  • Niat beli lauk untuk keluarga berakhir dengan pertengkaran suami isteri.

"Daripada segi common sense, perangai... banyak yang isteri kena sekolahkan suami. Apa-apa pun semoga sis sentiasa sabar ya," komen seorang netizen.

Hukum suami menyediakan nafkah

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, nafkah daripada sudut syarak ditakrifkan sebagai pengeluaran harta bagi menampung keperluan asas manusia seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkara berkaitan.

Kewajipan memberi nafkah adalah disebabkan beberapa faktor antaranya hubungan perkahwinan, pertalian kekeluargaan serta pemilikan.

Dalam konteks rumah tangga, para ulama turut bersepakat bahawa suami wajib menyediakan nafkah kepada pasangan sekiranya isteri memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarak.

Artikel Lain