suria
mStar - Urban.Versatil

Takut gelaran keturunan ‘mati’, bapa mentua minta menantu lahirkan cucu lelaki! - “Sedih, rasa nak bawa lari anak saya tu”

Wanita yang hamil sewajarnya mendapat sokongan daripada ahli keluarga. -Gambar hiasan AI

REZEKI zuriat adalah anugerah daripada Allah, bukan sesuatu yang boleh ditentukan oleh kehendak manusia semata-mata. 

Namun, bagi sesetengah pasangan, cabaran bukan hanya datang daripada proses hamil itu sendiri, tetapi juga tekanan orang sekeliling sehingga membebankan emosi.

Di Threads, seorang wanita hamil meluahkan rasa sedih dek tekanan daripada bapa mentua yang terlalu mengharapkan dia melahirkan cucu lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tertekan disindir tak bekerja setiap kali balik kampung mentua… Sedih suami tak percaya, tuduh reka cerita

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua minta 'berkorban' tukarkan anak ke sekolah biasa, tolong sara cucu kesayangan... Wanita puas hati dengar jawapan suami

"Sedang hamil anak ketiga. Sebelum ni dah ada dua anak perempuan. Scan 17 minggu, mungkin bayi perempuan lagi.

"Ayah mentua sebelum ni ada cakap, kena dapatkan anak lelaki… kalau tak, keturunan dia habis setakat suami saya je.

"Saya cakap... ayah cakaplah dengan anak ayah (suami). Dia yang tentukan. Bukan saya," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Sama ada lelaki atau perempuan, anak adalah amanah Allah buat ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita berkenaan, salah satu faktor yang menyebabkan bapa mentuanya terlalu kepingin cucu lelaki adalah disebabkan keluarga mereka mempunyai gelaran pada pangkal nama.

Justeru dia mahu memastikan keturunan itu diteruskan mengikut tradisi keluarga.

Situasi itu membuatkan wanita tersebut tertekan kerana berasa tanggungjawab ke atas jantina anak seolah-olah terletak pada bahunya dan suami demi keinginan orang lain.

"Saya rasa sangat sedih sampai nak bawa lari anak saya agar tak payah jumpa mereka," kongsinya lagi.

  • Seorang wanita hamil anak ketiga sedih kerana bapa mentua mengharapkan cucu lelaki.

  • Dia dan suami sudah dikurniakan dua anak perempuan.

  • Tekanan bapa mentua menyebabkan wanita berasa tanggungjawab jantina anak seolah-olah terletak pada dirinya.

  • Wanita itu sedih sehingga terfikir untuk menjauhkan anaknya daripada mentua.

  • Warga maya menasihatkannya tidak terlalu memikirkan tekanan itu demi kesihatan diri dan kandungan.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya memberikan sokongan dan kata semangat.

Ramai yang turut menasihatkannya supaya tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan demi kesihatan diri dan kandungan.

Dalam pada itu ada yang menasihati agar suami mengambil peranan menjadi pendengar yang baik bagi mengurangkan beban emosi yang dirasai isteri sepanjang tempoh kehamilan.

Proses penentuan jantina anak

Menurut portal Hello Doktor jantina anak yang dikandung ditentukan oleh kromosom.

Telur wanita sentiasa akan menghasilkan kromosom X manakala sperma lelaki pula membawa sama ada kromosom X atau Y.

Sekiranya sperma dengan kromosom Y yang bersenyawa dengan telur (XY), maka bayi lelaki akan terhasil.

Jika sperma dengan kromosom X yang bersenyawa dengan telur (XX) , anda akan mendapat bayi perempuan.

Ada juga keadaan di mana berlakunya penambahan pada kromosom semasa proses persenyawaan seperti sindrom Klinefelter yang akan mengakibatkan kromosom bercampur menjadi XXY.

Persoalannya, adakah kromosom yang menentukan jantina anak ini boleh dipilih oleh ibu bapa menggunakan bantuan teknologi terkini, jawapannya tidak sama sekali.

Artikel Lain

Abang Mimi Lana meninggal dunia