SEORANG pemuda berkongsi rahsia dan pengalamannya melangsaikan hutang menggunakan teknik snowball sehingga berjaya mengurangkan komitmen kewangan secara berperingkat.Bagi yang tidak tahu, teknik itu membolehkan seseorang menyusun hutang daripada baki paling rendah kepada yang tertinggi sebelum memberi fokus menyelesaikannya satu demi satu. Menurut pelayar Threads dikenali sebagai Rizuan Karim itu, berikut merupakan senarai tiga hutang miliknya:1. Hutang motosikal — Bayaran bulanan RM200, baki sekitar RM4,0002. Hutang kereta — Potongan gaji RM401 sebulan, baki sekitar RM12,0003. Hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) — Potongan gaji RM200 sebulan, baki sekitar RM12,000Dengan menggunakan teknik snowball, hutang motosikal menjadi sasaran pertama Rizuan kerana ia mempunyai baki paling rendah."Walaupun bayaran asal hanya RM200 sebulan, saya menambah duit RM150 lagi setiap bulan, menjadikan jumlah bayarannya RM350 sebulan.Beban hutang boleh menyebabkan kehidupan seseorang tidak tenang. -Gambar hiasan AI"Dengan konsisten membuat bayaran tambahan, hutang motosikal akhirnya berjaya diselesaikan lebih awal," jelasnya.Selepas itu, Rizuan memberi tumpuan kepada hutang PTPTN pula yang masih berbaki sekitar RM12,000.Menurutnya, duit yang sebelum ini digunakan untuk membayar motosikal kini boleh digunakan untuk mempercepatkan pembayaran pinjaman PTPTN."Saya menggunakan semula jumlah RM350 yang sebelum ini digunakan untuk motosikal dan RM200 untuk hutang hakiki PTPTN, menjadikan bayaran bulanan PTPTN sebanyak RM550," ujarnya.Selesai hutang PTPTN, Rizuan beralih pula kepada hutang kereta yang turut berbaki sekitar RM12,000."Saya menggunakan lebihan RM550 tadi dan hutang hakiki kereta iaitu RM400, menjadikan jumlah bayaran hutang kereta sebanyak RM950 sebulan."Akhirnya, hutang kereta juga berjaya diselesaikan. Apabila semua hutang tersebut selesai, slip gaji saya juga kelihatan jauh lebih baik tanpa terlalu banyak potongan bulanan. "Daripada situ saya sedar bahawa teknik snowball bukan sekadar membantu menyelesaikan hutang, tetapi memberi motivasi melalui kemenangan kecil sepanjang perjalanan ini," ujarnya lagi.Tambahnya, walaupun perjalanan itu mengambil masa, konsistensi dan disiplin menjadi kunci utama untuk mencapai kebebasan kewangan sedikit demi sedikit.