suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kalau bayar ‘lumpsum’ memang berat… Lelaki ini dedah formula mudah cukupkan satu bahagian korban setiap tahun

Sambutan Aidiladha lebih bermakna dengan ibadah korban serta agihan daging kepada golongan memerlukan. -Gambar hiasan AI

IBADAH korban merupakan antara amalan penting dalam Islam yang bukan sahaja menzahirkan rasa syukur kepada Allah, malah mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

Namun begitu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, harga haiwan sembelihan seperti lembu didapati semakin meningkat sehingga ada yang tidak mampu untuk menyertai ibadah korban.

Bagaimanapun menurut seorang ejen hartanah, Auzaie Mahamud, keluarga isterinya mengamalkan satu 'trick' bagi memudahkan persediaan kewangan untuk ibadah korban setiap tahun.

"Rupanya ini rahsia depa (mereka) boleh buat korban hampir setiap tahun. Sejak kahwin, isteri selalu tanya, tahun depan nak join korban tak? Kalau nak join, terus mula simpan bulanan.

"Contoh, RM85 atau RM100 sebulan. Ada wakil keluarga yang akan kutip. Tahu-tahu dah cukup 10 bulan, cukup dah satu bahagian korban. Yang saya suka, selesai saja korban tahun tu, mereka terus buka list baru.

Banyak cara boleh dilakukan bagi memastikan simpanan anda mencapai sasaran. -Gambar hiasan AI

"Apabila simpan sikit-sikit tiap bulan, rasa tak terbeban sangat. Tanpa sedar, cukup dah duit korban," kongsinya menerusi aplikasi Threads.

Menurut Auzaie, amalan menabung secara berperingkat dilihat sebagai salah satu kaedah yang lebih praktikal untuk memastikan niat berkorban dapat dilaksanakan setiap tahun.

"Kaedah tersebut menunjukkan disiplin menyimpan secara bulanan dapat membantu meringankan beban kewangan apabila tibanya musim korban.

"Kalau kena keluar RM800 ke RM1,000 sekali bayar, memang ramai rasa berat. Tapi apabila buat cara ni, lebih ringan dan konsisten.

"Boleh amalkan dengan keluarga terdekat dulu. Ringkas tapi bagus," ujarnya lagi.

Artikel Lain