suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bank ‘reject’ pinjaman perumahan jurutera gaji 8K, selepas disiasat terbongkar punca... Ramai buat tapi tak sedar kesannya

Rekod kewangan yang bersih boleh membantu seseorang ketika mahu memohon pinjaman bank. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN individu yang berkerjaya pastinya memasang impian untuk memiliki kediaman sendiri.

Namun dalam sesetengah kes, gaji yang tinggi bukanlah satu jaminan pihak bank meluluskan pinjaman bagi tujuan membeli rumah.

Menurut perunding kewangan, Azim Mohd Asri, permohonan pinjaman bank seorang pelanggannya tetap ditolak walaupun memiliki kemampuan kewangan yang stabil.

"Gaji RM8,000, kerja jurutera dekat syarikat multinasional (MNC). Rekod Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tip top.

"Simpanan ada RM500, konsisten tiap bulan. Tapi bila hantar loan rumah RM500,000, bank terus pangkah dan reject.

"Client aku seorang ini terduduk. Dia pelik, rekod bayaran bersih, dekat mana silapnya?" tulis Azim menerusi perkongsian di Threads.

Menurut Azim, dia akhirnya berjaya merungkai punca sebenar selepas membuat siasatan ke atas akaun milik pelanggannya itu.

Kebanyakan individu akan berusaha membeli rumah sendiri bagi membina keluarga. -Gambar hiasan AI

"Bila aku 'bedah siasat' akaun dia, puncanya ada dekat benda yang orang ramai selalu pakai iaitu Buy Now Pay Later (BPNL).

"Dia tak sedar, hobi suka beli gajet, baju dan barang rumah secara ansuran RM50 atau RM100 sebulan dekat platform online tu sebenarnya 'pembunuh' senyap.

"Nampak kecil, tapi client aku ini ada enam akaun aktif. Total komitmen sudah RM600 sebulan," jelas Azim lagi.

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi ilmu kepada orang ramai tentang Debt Service Ratio (DSR).

"Mengikut data DSR bank terbaharu, komitmen luar slip gaji macam BPNL ni dikira 100 peratus sebagai komitmen tetap.

"Sebab komitmen BPNL tersembunyi ini, DSR dia automatik melepasi had kelayakan bank," dedahnya lagi.

Menurut Azim, mana-mana individu berdepan situasi sama boleh menghubunginya bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Artikel Lain