suria

Mak ayah hanya keluar modal RM100 sebulan, simpanan untuk anak cecah RM50,000 selepas umur 18 tahun

Ibu bapa perlu mendidik anak untuk menabung sejak kecil lagi. -Gambar hiasan AI

DALAM dunia serba mencabar hari ini, ramai ibu bapa mula peka tentang perancangan menyediakan masa depan lebih terjamin untuk anak-anak mereka.

Perunding Kewangan Berlesen, Faiz Zulfakar berkata, ibu bapa boleh memulakan perancangan itu dengan modal RM100 sahaja setiap bulan.

Wealthy Kid Plan 101. Buka akaun Unit Trust untuk anak bermula dengan RM1,000 lump-sum, kemudian tambah RM100 setiap bulan secara konsisten sampai dia umur 18 tahun.

“Hasilnya? Bila dia sampai umur 18, akaun itu berpotensi grow kepada RM52,000, berdasarkan anggaran pulangan lapan peratus setahun,” kongsinya menerusi Threads.

Menurut Faiz lagi, nilai itu juga boleh meningkat jauh lebih tinggi jika disimpan dalam tempoh lebih lama.

“Sekarang, katakan anda berhenti mencarum dan biarkan sahaja duit tu grow tanpa tambah RM1 pun. Bila anak cecah umur 55 nanti? Duit itu boleh jadi hampir RM1 juta.

“Tapi, kalau dia ada disiplin yang anda sudah tanam sejak kecil dan teruskan labur RM100 sebulan dari umur 18 sampai 55, hasilnya boleh mencecah kepada RM1.27 juta.

“Itulah kuasa start awal dan konsisten. Anda tak perlu modal besar, anda cuma perlu mula,” pesannya lagi.

Artikel Lain