Ramai individu mula memiliki kesedaran untuk menyimpan wang bagi digunakan sewaktu kecemasan. -Gambar hiasan AI
RAMAI sebenarnya sedar kepentingan menyimpan wang untuk kegunaan masa depan namun tidak semua mampu melakukannya secara konsisten setiap bulan.Ada kalanya walaupun sudah berniat untuk menyimpan, ia tetap tertangguh kerana perlu dilakukan secara manual dan bergantung kepada disiplin diri. Sebenarnya, ada beberapa cara boleh dilakukan secara automatik tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kekuatan disiplin setiap bulan.Dengan melakukan langkah-langkah kecil ini, tanpa disedari anda sebenarnya boleh menyimpan sekurang-kurangnya sekitar RM300 setiap bulan.Lebih menarik, jika konsisten sepanjang tahun, jumlah itu berpotensi mencecah ribuan ringgit dan membantu mencapai sasaran kewangan tanpa perlu menukar gaya hidup secara drastik.Duit gaji tidak sepatutnya dibelanjakan untuk perkara tidak berfaedah. -Gambar hiasan AI1. Tetapkan potongan automatikSetiap kali menerima gaji, pasti banyak ‘idea’ mula melintas di fikiran sehingga ada yang gagal mengawal diri untuk berbelanja.Dengan menetapkan potongan automatik atau auto deduct, sebahagian gaji akan terus dipindahkan ke akaun simpanan khas yang sudah ditetapkan.Kaedah ini membantu mereka yang sering terlupa atau tidak konsisten untuk membuat pindahan simpanan secara manual setiap bulan.2. Gunakan akaun bank berasinganBagi mencapai matlamat pertama, sebaiknya sediakan satu akaun bank berasingan yang dikhususkan untuk simpanan wang.Elakkan menggunakan akaun yang sama untuk transaksi harian bagi mengurangkan risiko ‘kebocoran’ wang tanpa disedari.3.. Tingkatkan simpananApabila berlaku kenaikan gaji, ramai cenderung untuk segera upgrade gaya hidup seperti membeli gajet atau menukar kenderaan.Langkah paling bijak adalah mengekalkan gaya hidup sedia ada dan menjadikan lebihan daripada kenaikan gaji sebagai peluang untuk meningkatkan simpanan.