SIKAP suka berkongsi rezeki atau membantu ketika dalam kesusahan mampu mengeratkan lagi kasih sayang di antara adik-beradik.Namun tidak semua diberi rezeki mendapat adik-beradik yang baik apatah menjadi penyelamat ketika dalam kesusahan. Malah perkara kecil boleh menjadi penyebab hubungan sesama keluarga menjadi renggang disebabkan tiada sikap toleransi.Itu juga dialami seorang individu yang mengadu tentang sikap kakaknya yang didakwa seorang berkira walaupun dengan adik-beradik sendiri."Kakak aku gaji RM2,500, duduk rumah sewa dan tiada kereta. Pergi kerja naik tren. Lesen kereta, sambung belajar, barang-barang raya, keperluan dia semua parents aku bayar.Amalan berkongsi rezeki mampu memupuk rasa syukur dan kasih sayang sesama adik-beradik. -Gambar hiasan AI"Tapi dia punya kedekut dengan adik-beradik sendiri sumpah terasa. Kalau minta tolong belikan teh ais RM3 pun akan claim balik," ujarnya.Menurut individu tersebut, kakaknya bukanlah terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi apatah lagi dibantu oleh ibu bapa mereka untuk membeli keperluan tertentu."Yang aku tahu, komitmen dia hanya rumah sewa, bil telefon, kad Touch'n Go dan parents aku sahaja. "Nak kata struggle, parents aku dah banyak tolong. Hidup dia mewah gila pakai iPad latest, iPhone 15 Plus. Semua parents aku belikan."Beli baju, kasut, beg sampai beratus boleh... tapi bila bab nak beli apa-apa dia takkan tolong bayarkan langsung," katanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Adik bongsu ‘berbunyi’ abang hanya hulur RM200 sebulan untuk mak, tuduh gaji banyak tapi kedekut - “Kau ingat RM5,000 tu besar?”ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dilabel kedekut tak izin kawan sekolah pinjam BMW 3 Series bawa balik kampung - “Kau tiada anak sebab tu susah faham!”Menurutnya, apa yang lebih mengecewakan ialah kakaknya tetap berkira walaupun melibatkan jumlah wang yang kecil, termasuk soal makanan sesama adik-beradik."Dia takkan spend duit satu sen pon dekat kitorang, kalau ada pun dia akan claim balik even 10 sen. "Kalau bab beli baju ke apa fahamlah tapi kalau bab makanan pun dia kedekut, macam mana tak terasa?" ujarnya.Di akhir perkongsian, individu berkenaan berharap agar suatu hari nanti kakaknya berubah dan lebih terbuka hati dalam menyantuni adik-beradik sendiri."Aku harap sangat satu hari nanti dia lembut hati untuk tak kedekut dengan adik-beradik sendiri," luahnya. Seorang individu terkilan dengan sikap kakaknya yang didakwa terlalu berkira dengan adik-beradik sendiri.Kakaknya bergaji RM2,500 namun banyak keperluan masih ditanggung ibu bapa.Individu itu mendakwa kakaknya sanggup berbelanja untuk barangan mahal, namun berkira walaupun soal makanan.Kakaknya akan meminta semula wang miliknya walaupun melibatkan jumlah kecil.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya, ada yang memahami perasaannya dan ada juga yang meminta agar tidak cepat menghukum.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian berkenaan berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.Rata-ratanya memahami perasaan individu tersebut, malah ada yang berpendapat sikap terlalu berkira dalam keluarga boleh menjarakkan hubungan sesama adik-beradik.Namun, tidak kurang juga yang berpandangan setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam mengurus kewangan dan berkemungkinan kakaknya mempunyai sebab tertentu untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja.Sekadar perkongsian, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya turut mengulas perihal sikap kedekut dengan adik-beradik.Jelas Azhar, orang yang kedekut dengan darah daging sendiri sebenarnya jauh daripada Allah dan syurga, sebaliknya lebih dekat dengan neraka.