suria

Cakap tak pakai otak! Isteri bengang pengurus Muslim tempat kerja suami suruh keluar solat Jumaat bergilir-gilir

Terdapat segelintir majikan melarang pekerja daripada beribadat. -Gambar hiasan AI

ISU hak beribadah di tempat kerja kembali menjadi bualan hangat selepas seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterima suaminya daripada seorang pengurus kawasan di sebuah pasar raya.

Menurut wanita itu, suaminya bekerja sebagai penyelenggara stor (storekeeper) di sebuah pasar raya sejak tujuh bulan lalu. 

Sepanjang tempoh berkenaan, pengurus dan penyelia di cawangan terbabit tidak pernah menghalang suaminya menunaikan solat, termasuk solat Jumaat di masjid berhampiran.

Pekerja Muslim perlu diberi ruang seketika untuk menunaikan solat. -Gambar hiasan AI

Pekerja Muslim perlu diberi ruang seketika untuk menunaikan solat. -Gambar hiasan AI

"Pengurus dan penyelia pun tiada masalah benarkan suami solat di masjid sebab ruang stor di premis tu tak sesuai nak dijadikan tempat beribadat.

"Namum keadaan berubah apabila seorang pengurus kawasan yang juga seorang Muslim datang buat lawatan pada hari Jumaat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah hantar pakcik ini tegur aku” - Pemuda pelik tengok warga emas sembahyang tanpa henti, rupanya gigih qada solat

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja dakwa 80 peratus staf lelaki tak solat, hari Jumaat sembunyi dalam gudang!

Dakwanya, pengurus tersebut mula mempertikaikan rutin staf yang keluar sembahyang secara serentak dan mengarahkan agar waktu solat Jumaat dilakukan secara bergilir-gilir.

"Katanya seorang keluar pukul 1, seorang lagi keluar pukul 2. Solat Jumaat, macam mana nak gilir-gilir?

"Cakap tu tak fikir, pengurus dan penyelia cawangan terdiam apabila pengurus kawasan beri arahan macam tu," katanya.

Tekanan terhadap suaminya tidak terhenti di situ apabila beberapa hari kemudian, dia ditegur lagi atas dakwaan kononnya bahagian minuman beralkohol tidak diisi semula.

  • Seorang wanita kecewa suaminya diarahkan menggilirkan solat Jumaat oleh pengurus kawasan yang juga beragama Islam.
  • Suaminya bekerja sebagai storekeeper sebelum ini tidak pernah dihalang menunaikan solat.
  • Arahan tersebut mengejutkan pihak pengurusan cawangan sendiri yang terdiam mendengar cadangan berkenaan.
  • Suaminya turut ditegur dan diarahkan mengisi stok minuman beralkohol dua kali sehari atau berdepan tindakan.
  • Situasi itu membuatkan suaminya kini mempertimbangkan untuk mencari pekerjaan lain.

Si isteri bagaimanapun mempertikaikan dakwaan tersebut kerana setiap kali dia ke premis berkenaan, bahagian tersebut sentiasa dalam keadaan penuh.

"Dia arahkan suami isi semula stok minuman beralkohol itu dua kali sehari atau berdepan tindakan," katanya memaklumkan suaminya kini sedang berusaha mencari pekerjaan baharu.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan suaminya membuat laporan terhadap pengurus kawasan tersebut.

"Berdasarkan cerita ni pasar raya tu tak salah, yang masalah pengurus kawasan tu. Kumpul bukti benda tak betul masa kerja, buat laporan kepada ibu pejabat.

"Tolong buat laporan kat pejabat agama, pejabat buruh kemudian berhenti," saran warga maya.

Artikel Lain