TINDAKAN anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook mengulang semula atau 'repost’ hantaran seorang penari wanita mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminat.Perkara itu disedari peminat apabila Jungkook dilihat aktif menggunakan Instagram selain beberapa kali memuat naik semula foto dan video milik penari berkenaan yang dikatakan berwajah cantik. Susulan itu, segelintir netizen mula membuat spekulasi dengan mendakwa wujud hubungan istimewa antara mereka.Hubungan Jungkook bersama penari masih menjadi tanda tanya.Malah ada juga yang geli melihat hantaran berkenaan dan menganggap Jungkook telah menjatuhkan imejnya sendiri.Namun, dakwaan tersebut segera dinafikan peminat yang tampil mempertahankan penyanyi berkenaan dengan menjelaskan wanita itu hanyalah kenalannya.Malah, mereka turut mendakwa penari tersebut merupakan sebahagian daripada pasukan penari yang terlibat dalam jelajah BTS, sekali gus menjelaskan tindakan repost itu sekadar sokongan profesional. “Tak logik langsung! Kalau betul ada hubungan, takkan dia nak tunjuk secara terbuka kepada jutaan pengikut?” antara komen netizen.Susulan itu, ramai meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pihak yang gemar mengaitkan interaksi biasa antara lelaki dan wanita sebagai sesuatu yang ‘lebih daripada itu’.Dalam masa sama, ada yang berpendapat Jungkook seolah-olah tidak bebas melakukan perkara normal di media sosial tanpa dijadikan bahan kecaman.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!