suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air mata Atta Halilintar buat Aurel Hermansyah ‘cair’, nekad nikah usia muda

Aurel yakin Atta adalah lelaki yang tepat buatnya.

KISAH bahagia pasangan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar sudah menjadi bualan ramai sejak mereka masih bergelar pasangan kekasih.

Namun di sebalik kebahagiaan tersebut, Aurel, 27, mendedahkan hubungannya dengan Atta pernah terputus gara-gara salah faham kecil yang berlaku.

Sehinggakan ketika itu, penyanyi ini merasakan hubungan mereka benar-benar berakhir dan tidak akan bertahan sehingga ke fasa perkahwinan.

Berkongsi perjalanan yang dilalui, Aurel memberitahu momen air mata Atta yang jatuh adalah detik yang membuatkan dia yakin bahawa lelaki itu merupakan bakal suami terbaik buatnya.

Aurel bahagia di sisi Atta. 

"Sebelum bernikah, hubungan kami sempat putus. Memang benar-benar putus selama sebulan. Saya minta Atta jumpa ibu bapa dan beritahu kami tidak sepadan.

"Dia datang ketika saya dan keluarga sedang bercuti di Bali, Indonesia. Dia menangis dan beritahu tidak boleh hidup tanpa saya," kongsinya dalam satu program podcast.

Pengakuan Atta ketika itu juga membuatkan Aurel sedar akan perkara yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: IG hilang! Ahmad Dhani jawab tuduhan sengaja cari perhatian, dakwa netizen buat gerakan ‘report’ akaun 

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis mengaku buat pembedahan hidung, mahu nampak lebih cantik

Bahkan, disebabkan yakin dengan keikhlasan Atta, dia juga sedia menggalas tanggungjawab baharu sebagai seorang isteri pada usia muda.

"Akhirnya saya buat keputusan untuk cuba bersama semula dan ketika itu dia ajak nikah," kongsinya.

Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada April 2021 dan telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain