KOMPOSER Ahmad Dhani akhirnya tampil menjelaskan kehilangan akaun Instagram (IG) peribadinya, @ahmaddhaniofficial.Menurut laporan Tribunnews, vokalis kumpulan Dewa 19 berkata dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia sengaja menutup akaun berkenaan untuk meraih perhatian adalah tidak benar. "Buat apa saya nak buat drama macam itu? Akaun ini belum tentu boleh dapat balik, semua hantaran dan pengikut hilang, memang rugi,” katanya. Ahmad Dhani sebelum ini didakwa menyindir bekas isteri di IG miliknya.Dalam pada itu, Dhani mendakwa kehilangan akaun tersebut berkemungkinan berpunca daripada tindakan laporan beramai-ramai oleh akaun tanpa identiti atau ‘buzzer’.Malah, dia mengaitkan perkara itu dengan beberapa hantaran terdahulu yang menyentuh isu serta peristiwa lama."Ada pihak yang takut. Pasukan saya sedang mengesan siapa dalangnya, siapa yang menggerakkan buzzer ini," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani dakwa bekas isteri pernah curang, ada bukti rakamanARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani marah El Rumi, dua hari sebelum nikah masih sibuk fikir kerjaSebelum ini, Dhani mendakwa bekas isterinya, Maia Estianty menjadi punca anak perempuanmya iaitu Shaafea menangis ketika menghadiri acara El Rumi.Dhani turut mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan Maia yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pegawai tertinggi di sebuah stesen televisyen swasta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!