NAMA penyanyi Chris Brown menjadi bualan hangat selepas terdapat laporan mengenai insiden tembakan berhampiran kediamannya di Tarzana, Los Angeles sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.Tampil menjelaskan keadaan tersebut, Chris menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan dalam kejadian itu, sekali gus menolak dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan insiden berkenaan. Menurutnya, tuduhan tersebut tidak berasas dan langsung tidak masuk akal kerana dia berada di dalam rumah sepanjang masa ketika kejadian berlaku.Chris terkejut dengan tuduhan netizen.“Saya berada di rumah sepanjang masa dan tidak dengar apa-apa pun,” katanya.Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan insiden tersebut benar-benar berlaku di kawasan berhampiran kediaman penyanyi itu.Polis turut menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada petang Jumaat melibatkan seorang lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan.ARTIKEL BERKAITAN: Chris Brown berang nama digugurkan NBA, terlalu banyak kontroversi punca penaja tak berminatARTIKEL BERKAITAN: Dah dapat naik pentas tapi sibuk rakam video, Chris Brown lempar telefon peminat ke arah penontonDifahamkan, suspek menggunakan pistol jenis CO2 iaitu senjata angin ketika berlaku pertengkaran dengan seorang wanita di lokasi kejadian.Walaupun insiden itu berlaku berdekatan rumah Chris namun pihak polis menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes berkenaan.Suspek yang terlibat dalam kejadian itu telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa di lokasi sama.Lelaki tersebut kemudian didakwa atas kesalahan serangan menggunakan senjata berbahaya sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara siasatan diteruskan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!