suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah dapat naik pentas tapi sibuk rakam video, Chris Brown lempar telefon peminat ke arah penonton

Chris Brown berang peminat sibuk merakam gelagatnya di atas pentas.

SIKAP penyanyi rap Chris Brown yang dilaporkan bertindak kasar terhadap peminatnya ketika mengadakan konsert jelajah di Berlin baru-baru ini mengundang perhatian ramai.

Daily Mail melaporkan, Chris yang mempelawa salah seorang peminat naik ke pentas kelihatan berang apabila wanita berkenaan lebih sibuk dengan telefon bimbit untuk merakam dirinya berbanding memberi perhatian kepada penyanyi itu.

Difahamkan, Chris pada awalnya mengambil telefon bimbit tersebut dan meletakkan di pangkuan wanita berkenaan sebagai isyarat tidak senang dengan tindakan peminatnya itu.

Chris Brown rampas dan lempar telefon bimbit peminat.

Namun isyarat itu seakan tidak difahami malah wanita berkenaan sebelum sekali lagi mengambil video Chris dengan jarak dekat.

Chris yang berang dengan perkara itu telah mengambil telefon bimbit secara kasar dari tangan peminatnya sebelum membalingnya ke arah penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Chris Brown dituduh rogol wanita atas kapal layar mewah... Dakwa ada pihak cuba jatuhkan karier

ARTIKEL BERKAITAN: Chris Brown luah rasa cinta terhadap kekasihnya Ammika Harris

Tindakan penyanyi rap itu nampaknya di sokong peminatnya sekali gus menyelar tindakan wanita berkenaan.

"Dia sepatutnya menikmati suasana bukan sibuk dengan telefon.

"Memang patut pun Chris buat macam itu, dia rimas orang asyik rakam dia dengan dekat," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia