suria

Ria Ricis mengaku buat pembedahan hidung, mahu nampak lebih cantik

Ria mengaku melakukan pembedahan hidung untuk lebih cantik.

PERSONALITI media sosial Ria Ricis mengaku pembedahan hidung yang dilakukan baru-baru ini bukan sekadar untuk merawat penyakit tetapi untuk tampil lebih cantik. 

Menerusi satu rakaman temu bual yang tular di media sosial, bekas isteri kepada aktor Teuku Ryan ini mendedahkan pada awalnya dia tidak merancang untuk menjalani pembedahan kosmetik.

Namun, setelah melakukan prosedur tersebut dia membuat keputusan untuk memperbaiki bentuk hidungnya.

Ria turut berdepan masalah sinus.

"Sebenarnya tak rancang pun nak buat pembedahan hidung cuma mahu merawat masalah sinus dan polip saja.

"Tapi alang-alang dah buat pembedahan, saya teruskan tujuan untuk estetik juga supaya nampak lebih cantik," katanya. 

Dalam pada itu, Ria turut berkongsi dia sudah lama berdepan masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tuduh Ria Ricis menipu, sengaja guna alasan sinus untuk buat pembedahan plastik 

ARTIKEL BERKAITAN: Rawatan psikologi tidak berjaya, Ria Ricis jalani ‘ruqyah’ untuk hilangkan trauma

"Sudah lebih lima tahun saya susah bernafas, tulang hidung bengkok dan masalah polip tapi saya yakin ramai juga alami perkara sama," ujarnya. 

Sebelum ini, Ria memaklumkan bahawa dia menjalani rawatan berkaitan masalah pernafasan selepas mengalami gangguan pada bahagian hidung sejak beberapa minggu lalu.

Doktor menyarankan dia menjalani prosedur lanjut yang melibatkan pembedahan bagi membetulkan keadaan hidung yang dikatakan tidak simetri.

Namun begitu, penjelasan tersebut tidak diterima netizen yang rata-rata tampil mempersoalkan kenyataan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain