suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewi Perssik tak kecil hati tidak dijemput majlis kahwin anak Ahmad Dhani... “Mungkin dah kena blacklist”

Dewi (kiri) dan Ahmad Dhani pernah berduet menerusi lagu Diam-Diam.

PENYANYI Dewi Perssik tidak terasa hati apabila tidak menerima undangan ke majlis perkahwinan anak kepada komposer Ahmad Dhani pada Ahad lalu.

Kompas melaporkan, meskipun pernah berada di bawah pengurusan Ahmad Dhani dan bergandingan sebagai rakan duet, Dewi menganggap perkara itu bukan isu besar.

Dengan nada berseloroh, Dewi berkata dia mungkin sudah ‘disenarai hitam’ daripada menerima jemputan.

Dewi menganggap Ahmad Dhani terlepas pandang tentang tetamu jemputan perkahwinan anaknya.

Dewi menganggap Ahmad Dhani terlepas pandang tentang tetamu jemputan perkahwinan anaknya.

"Orang yang paling rapat dengan abang Dhani pun tak dijemput.

"Rasanya saya memang sudah kena blacklist kot," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, Dewi enggan berfikiran negatif dan menganggap mungkin jemputan kepadanya tercicir seperti yang berlaku sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik buat laporan polis, beri peringatan kepada pemilik akaun palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang impian kahwin dan miliki zuriat, Dewi Perssik akui sedang mengenali ‘abang askar’ 

Tambahnya, dia juga tidak bercadang untuk bertanya sendiri kepada Ahmad Dhani mengenai perkara tersebut.

"Mungkin jemputan tertinggal macam masa kahwin Al (anak sulung Ahmad Dhani) dulu. 

"Kalau saya mesej nak bertanya pula takut Mulan marah," ujarnya.

Untuk rekod, Dewi Perssik pernah berduet dengan Ahmad Dhani menerusi lagu Diam-diam pada 2010 sebelum meninggalkan Republik Cinta Management pada 2012.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain