PENYANYI asal Korea Selatan, Park Yong dijatuhi hukuman penjara serta denda kira-kira RM31,000 atas kesalahan melanggar akta pelabelan dan pengiklanan negara berkenaan. Mahkamah Daerah Timur Seoul, Bahagian Jenayah menetapkan keputusan tersebut terhadap anggota kumpulan Urban Zakapa itu pada Selasa dalam prosiding rayuan pertama kes berkenaan. Selaku pemilik syarikat Virtue Company, Park Yong didakwa melanggar undang-undang pelabelan makanan susulan pemasaran produk minuman ‘butter beer’ yang mengelirukan pengguna.Park Yong berdepan kecaman susulan kesalahan yang dilakukan. Dia dan syarikat berkenaan sebelum ini didakwa mempromosikan empat jenis minuman bir menggunakan label 'butter beer' dan 'butter base', memberi gambaran seolah-olah mentega merupakan salah satu bahan utama dalam produk tersebut.Minuman keluaran syarikatnya dijual di kedai serbaneka sekitar Korea Selatan dari Jun 2022 hingga Januari 2023.Dakwaan dibuat terhadap Park Yong dan syarikat miliknya kerana kedua-dua pihak dikatakan cuba menggunakan kaedah promosi melampau dan salah. ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom tak putus asa, sekali lagi cuba nasib pikat Lee Min Ho... Tulis surat luah rasa rindu ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus jadi kambing hitam, simpan rahsia pelakon jalin hubungan sulit... Siap beri arahan beli kondomPihak pendakwaan bagaimanapun mengemukakan rayuan dan menuntut hukuman penjara setahun dengan alasan iklan palsu tersebut memberi kesan kepada ramai pengguna selain menjana keuntungan jutaan ringgit kepada syarikat berkenaan.Mahkamah menetapkan keputusan hukuman akhir akan diumumkan pada 26 Jun depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!