suria

Setahun hilangkan diri, ini punca Barry Keoghan berdiam selepas putus dengan Sabrina Carpenter

Hubungan Barry dan Sabrina hanya bertahan selama satu tahun.

SELEPAS lebih setahun putus cinta, pelakon Barry Keoghan akhirnya tampil berkongsi alasan dia mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Barry, 34, memberitahu terlalu banyak kisah tidak benar disebarkan sehingga mengaitkan dirinya dengan bekas kekasih, iaitu penyanyi Sabrina Carpenter.

Justeru, dia nekad untuk tidak memberi sebarang maklum balas selain menutup semua akaun media sosial.

Barrylebih selesa mengambil pendekatan berdiam. 

"Sebenarnya saya banyak mengelak daripada berdepan perkara ini. Saya sudah meninggalkan Instagram dan media sosial. Saya juga berhenti menghadiri acara dan kurang bersosial.

"Ramai membuat andaian dan mempercayai cerita yang tidak benar. Saya tidak pernah mengesahkan apa-apa. Saya terus menghilangkan diri," katanya ketika menjadi tetamu dalam sebuah program audio siar.

Dalam temu bual sama, pelakon filem Saltburn ini juga menepis dakwaan dia berlaku curang sehingga menyebabkan hubungannya dengan Sabrina berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabrina Carpenter dan Barry Keoghan berpisah selepas setahun bercinta 

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles dan Zoe Kravitz didakwa sudah bertunang, mahu segera timang cahaya mata

Bagi Barry, setiap kata-kata buruk yang dilemparkan bertujuan untuk menjatuhkan kerjaya seninya selain dianggap sebagai satu bentuk buli siber.

"Saya tidak meminta orang menjadi peminat atau menyukai saya kerana itu bukan sesuatu yang normal.

Barry pernah tampil dalam MV lagu Sabrina. 

"Saya cuma mahu orang berhenti membuat andaian dan berhenti menyerang serta menjatuhkan saya dengan naratif yang tidak benar," luahnya.

Untuk rekod, Barry dan Sabrina mula dikaitkan bersama pada Disember 2023 dan hubungan tersebut hanya bertahan selama setahun.

Barryjuga pernah tampil dalam video muzik lagu Sabrina berjudul Please Please Please.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain