suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift daftar hak cipta foto pakai bikini labuci, elak salah guna AI

Taylor lindungi hak peribadi sebagai seorang selebriti.

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan telah membuat permohonan cap dagang bagi dua klip audio dan satu imej dirinya sebagai usaha melindungi suara serta wajah daripada penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Tindakan itu dipercayai bertujuan menghalang penyebaran video dan audio palsu atau ‘deepfake’ yang menggunakan suara serta imejnya tanpa kebenaran.

Permohonan berkenaan difailkan di United States Patent and Trademark Office pada Jumaat dengan meletakkan syarikat pengurusannya, TAS Rights Management sebagai pemilik bagi klip audio dan imej tersebut.

Foto Taylor yang telah didaftar dengan hak cipta. 

Salah satu audio yang didaftar dengan cap dagang adalah suaranya menyebut 'Hey, it's Taylor Swift, and you can listen to my new album, The Life Of A Showgirl, on demand on Amazon Music Unlimited'. 

Manakala audia kedua pula berbunyi 'Hey, it’s Taylor. My brand new album The Life Of A Showgirl’ is out on October 3 and you can click to presave it so you can listen to it on Spotify'. 

Sementara itu, imej yang didaftarkan pula adalah gambar Taylor sedang membuat persembahan dalam sebuah acara sebelum ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon popular mengaku jual video lucah demi bayar hutang 

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa kekasih curang, hubungan Megan Thee Stallion dengan pemain bola keranjang berakhir

Foto berkenaan memaparkan dia mengenakan pakaian berlabuci sambil memegang gitar berwarna merah jambu.

Imej dan suara Swift sebelum ini sering disalah guna dalam pelbagai kandungan ‘deepfake’ yang dijana AI. 

Lebih teruk lagi disalahguna untuk tujuan iklan palsu, sokongan politik rekaan serta imej tidak senonoh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain