suria

Penyanyi Angela ‘operate’ hidung, suami tak jadi cerai… Rumah tangga berjaya diselamatkan

Angela harap suami suka perubahannya.

TANPA berselindung pelakon dan penyanyi Angela Tee mendedahkan dirinya melakukan pembedahan plastik di bahagian hidungnya pada Januari lalu.

Menurut Angela, 35, dia menghabiskan kira-kira RM88,000 (300 juta Rupiah) untuk memperolehi hidung yang diidamkan.

"Saya lakukann pembedahan di Thailand, saya nak hidung yang lebih tajam seperti mat salleh. 

Suami Angela selalu minta cerai.

"Harga agak mahal sikit sebab saya guna tulang saya sendiri," katanya memetik laporan Detik Hot.

Dedah Angela lagi, dia tekad menjalani pembedahan plastik kerana suaminya, Goldwin Yustantio, sentiasa mahu bercerai dengannya.

Katanya sejak setahun lalu hubungannya bersama suami semakin renggang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tuduh Ria Ricis menipu, sengaja guna alasan sinus untuk buat pembedahan plastik

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus jadi kambing hitam, simpan rahsia pelakon jalin hubungan sulit... Siap beri arahan beli kondom

"Sejujurnya, suami saya membenci saya dan asyik menyebut perkataan cerai. Dia telah menyebutnya hampir tiga kali. 

"Jadi, saya secara rahsia pergi ke Thailand seorang diri selama 14 hari, ketika hubungan saya dengan suami tegang, untuk melakukan pembedahan plastik," luahnya.

Namun selepas pulang dari Thailand, suaminya mula berubah kerana menyukai penampilan baharunya.

Suami makin sayang pada Angela.

Malah suaminya kini kerap memujinya terlihat cantik berbanding dahulu.

"Selepas pembedahan plastik saya, suami saya memutuskan untuk tidak menceraikan saya, dengan mengatakan bahawa saya jauh lebih cantik dan berbeza daripada sebelumnya.

"Saya berharap pembedahan plastik saya adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dapat menyelamatkan perkahwinan saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain