suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haneesya Hanee kesal netizen pilih kasih boikot Zahirah MacWilson - “Perempuan salah sampai bila-bila ingat, kalau lelaki laju saja maafkan“

Haneesya bersuara mengenai isu melibatkan Zahirah.

PELAKON Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir netizen yang bertindak pilih kasih dalam memboikot artis. 

Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, menyuarakan perkara tersebut apabila netizen melakukan gerakan boikot terhadap pelakon Zahirah MacWilson susulan kenyataannya sebelum ini. 

"Sekali lagi apabila perempuan yang buat salah, sampai bila-bilalah korang akan ingat dia punya salah. Sedangkan sudah minta maaf berkali-kali.

"Tetapi kalau lelaki yang buat salah, laju sahaja kalian maafkan, betul tak?" soalnya dalam satu hantaran di Threads pada Selasa. 

Kenyataan Haneesya Hanee di Threads. 

Sebelum ini, hantaran Zahirah berkaitan sambutan Halloween, Krismas dan Easter mencetuskan kontroversi apabila dia mempersoalkan beberapa amalan ketika sambutan berkenaan termasuk kanak-kanak memakai kostum, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki lebih berusia.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap kepercayaan agama lain.

Susulan itu, Zahirah pada Isnin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas hantaran itu mengundang rasa kurang senang beberapa komuniti agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kelab malam bagai ‘kifarah‘ Haneesya Hanee sukar dapat tawaran... “Saya mahu peluang“

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tak kisah dikecam kerana kesilapan lalu, akui sudah berubah...“Saya bukan lagi budak 18 tahun itu”

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Zahirah dilihat sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyampaikan permohonan maaf tersebut.

Zahirah berkata, dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dan segera memadam hantaran berkenaan selepas menyedari kandungannya boleh mengguris perasaan orang lain.

Haneesya juga pernah diboikot gara-gara insiden yang berlaku pada 2018. 

Sebelum ini, Haneesya pernah dihambat kontroversi susulan sebuah video tular menunjukkan dirinya bersama rakan-rakan berseronok di sebuah kelab malam pada 2018.

Susulan insiden itu, kerjaya Haneeya terjejas termasuklah pelucutan gelaran Juara Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenanginya dan pembatalan beberapa tawaran berlakon.

Artikel Lain