suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu kelab malam bagai ‘kifarah‘ Haneesya Hanee sukar dapat tawaran... “Saya mahu peluang“

Haneesya mengakui masih kurang menerima tawaran berlakon sehingga kini.

PELAKON Haneesya Hanee mengakui masih berdepan kesukaran mendapat tawaran berlakon sehingga kini biarpun sudah lama bertapak dalam industri seni.

Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, berkata situasi itu membuatkan dia sering mempersoalkan kemampuan dan bakat serta nasib dirinya.

Kata Haneesya, dia berasa seolah-olah masih 'terhukum' dan perlu menanggung pembalasan atas kesilapan yang pernah dilakukan lapan tahun lalu.

"Saja nak beritahu sampai ke hari ini saya masih susah nak dapat tawaran kerja. Kadang-kadang saya rasa seperti masih membayar kesilapan yang saya lakukan pada 2018.

Luahan Haneesya yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Saya sudah lama berada dalam industri ini, tetapi untuk mendapatkan peluang sebagai watak utama atau peranan yang lebih besar memang sangat susah.

"Hingga ke hari ini, saya masih tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah saya sebenarnya cukup bagus? Adakah lakonan saya okey? Adakah saya benar-benar mempunyai bakat?," katanya.

Haneesya berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap pandangan netizen yang membandingkan nasib pelakon lelaki dan wanita apabila berdepan kontroversi.

Dalam pada itu, Haneesya memaklumkan dia tidak pernah memilih watak dan sanggup menerima hampir setiap tawaran yang diberikan kepadanya kerana mahu membuktikan kemampuan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tuntut bayaran tertunggak RM18,000, dakwa individu uruskan projek lesapkan wang

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah terdetik mahu balas dendam, Haneesya Hanee terkilan terima layanan double standard... “Ada selebriti dipuja ramai orang pergi kelab juga”

"Saya menerima hampir setiap watak yang datang kepada saya, termasuk watak yang dianggap hina, watak yang diburukkan, memakai solekan seperti badut, pakaian pelik dan berwarna-warni atau watak wanita yang nampak seperti orang bodoh.

"Saya bukan mengatakan semua ini kerana tidak bersyukur. Saya menerima watak-watak tersebut kerana saya benar-benar mahu berlakon. Saya cuma mahukan peluang untuk membuktikan kemampuan diri.

"Namun entah bagaimana, saya sering mendapat watak wanita jahat. Perempuan jahat, perempuan jahat, perempuan jahat. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, adakah kerana kulit saya gelap? ujarnya.

Pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu turut mengakui persoalan mengenai warna kulit tersebut pernah bermain di fikirannya apabila peluang yang lebih besar masih sukar diperoleh.

Katanya, dia sudah berusaha memperbaiki kemahiran lakonan dengan mengikuti pendidikan dan kelas berkaitan bidang itu.

"Saya belajar teater dua tahun di sekolah seni, saya hadiri kelas lakonan dan sentiasa memperbaiki diri untuk bergelar seorang pelakon. 

Haneesya mendakwa sering menerima peranan sebagai watak jahat.

"Namun apabila peluang masih tidak ada, saya tidak boleh berbuat apa dan terfikir adakah semua usaha ini sia-sia?

"Adakah saya tidak cukup berbakat sebab itu jarang ada di televisyen? Sebab itu orang tak tawarkan saya berlakon?" katanya.

Untuk rekod, Haneesya pernah dihambat kontroversi susulan sebuah video tular menunjukkan dirinya bersama rakan-rakan berseronok di sebuah kelab malam pada 2018.

Susulan insiden itu, kerjaya Haneeya terjejas termasuklah pelucutan gelaran Juara Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenanginya dan pembatalan beberapa tawaran berlakon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain