suria

Pernah terdetik mahu balas dendam, Haneesya Hanee terkilan terima layanan double standard... “Ada selebriti dipuja ramai orang pergi kelab juga”

Haneesya percaya ada kifarah buat pelaku.

PELAKON Haneesya Hanee terkilan apabila kisah silamnya terus menjadi bahan bualan netizen, seolah-olah dirinya tidak berhak mendapatkan peluang kedua.

Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, kejadian di mana kemenangannya dalam sebuah acara ditarik balik berlaku ketika ddia di usia 18 tahun dan tidak wajar untuk terus dihukum. 

Mengakui kesilapan lalu, Haneesya juga merasakan ramai dalam kalangan selebriti pernah melakukan kesilapan sama. 

Haneesya dakwa ada bukti perlaku sebarkan videonya.

"Paling pedih double standard, orang lain viral sebab benda lebih teruk, skandal yang jauh lebih melampau tapi masih boleh berlakon dan dapat sokongan.

"Tapi saya baru 18 tahun ketika itu,satu kesilapan dihukum macam saya paling berdosa, paling jijik. Orang terus judge saya jahat, semata-mata sebab saya minum. Orang yang tak kenal saya pun cepat sangat nak baling batu.

"Dan paling menyedihkan? Ada je selebriti yang ramai orang puja sekarang, pernah pergi kelab juga. Bezanya cuma Tuhan tutup aib mereka. Saya? Terbuka luas," katanya.

Haneesya berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tak kisah dikecam kerana kesilapan lalu, akui sudah berubah...“Saya bukan lagi budak 18 tahun itu”

ARTIKEL BERKAITAN: Artis lain tular tapi netizen ungkit gelaran Dewi Remaja ditarik balik, Haneesya Hanee hanya mampu ketawa

Terkesan dengan apa yang berlaku, Haneesya memberitahu dia pernah terdetik ingin membalas dendam dengan berkongsi wajah selebriti yang turut melakukan kesilapan sama sepertinya.

Pun begitu, dia lebih memilih untuk berdiam kerana tidak mahu mempunyai sikap sama seperti individu yang ingin melihat dirinya jatuh sebelum ini.

"Ada masa, saya terlalu murung, terlalu marah. Saya pernah rasa nak pergi kelab, ambil gambar satu-satu muka, post semua, balas dendam. Supaya saya rasa puas.

Saya rasa kena sentiasa buktikan diri ini baik.

HANEESYA HANEE

PELAKON

"Sampai hari ini, saya masih simpan bukti. Ada orang hantar screenshot, gambar. Saya simpan. Tapi saya tak pernah dedahkan sesiapa. Sebab saya percaya kifarah itu nyata. Saya tak nak jadi macam orang yang jatuhkan saya," luahnya.

Kata Haneesya, hampir lapan tahun dia berdepan dengan depresi, anxiety, trauma selain takut untuk berkongsi kerana bimbang dengan kata-kata netizen terhadap dirinya.

Menurut Haneesya, dia mengakui kesilapan yang sudah dilakukan malah tidak pernah meminta simpati atau mahukan kemenangnya kembali namun dia berharap agar kisah silamnya tidak diungkit. 

"Saya rasa kena sentiasa buktikan diri ini baik, semata-mata nak dapat pengampunan daripada orang asing.  Saya bukan penjenayah. Saya bukan pembunuh. Sampai hari ni, masih ada yang ungkit, tanpa pernah tahu kisah sebenar.

Haneesya harap kisah lamanya tidak jadi bahan bualan lagi.

"Saya tak minta simpati. Saya tak minta mahkota tu balik. Saya cuma nak orang faham kebenaran supaya saya boleh benar-benar lepaskan semua ni. Kepada siapa pun yang cipta akaun palsu tu, yang sebar video tu, yang seronok tengok saya jatuh  saya harap awak puas hati. Sebab walau apa pun… saya masih di sini. Saya masih berdiri," luahnya.

Untuk rekod, pada tahun 2018, nama Haneesya pernah menjadi perhatian apabila tular sebuah video menunjukkan dia bersama rakan-rakan di sebuah kelab malam.

Insiden itu memberi kesan besar terhadap kerjayanya ketika itu termasuk kehilangan gelaran juara Dewi Remaja serta beberapa tawaran berlakon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia