suria

Daniesh Suffian pilih jalan ‘bersih’, tidak tumpang populariti rakan artis

Daniesh tak minat buat kontroversi demi raih populariti.

LEBIH tujuh tahun bergelar anak seni, penyanyi dan pelakon Daniesh Suffian akur namanya masih belum kuat meniti di bibir ramai. 

Biarpun begitu, Daniesh, 27, tidak mahu memilih jalan pintas dengan mencipta kontroversi agar mudah mendapat perhatian. 

Baginya, dia juga perlu menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak menjaga nama baik keluarga. 

Daniesh mahu kekal dengan imej bersih dalam industri.

“Memang ada jalan mudah agar terus dikenali, tapi saya memilih untuk ikut cara bersih. 

"Kalau buat kontroversi atau publisiti murahan, saya tak mahu perkara itu beri kesan pada keluarga,” katanya kepada mStar.

Meskipun belum mencapai tahap populariti yang diidamkan, Daniesh tidak pernah mengalah dan sentiasa menanam keyakinan bahawa kejayaan pasti miliknya suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Daniesh Suffian rupanya atlet sukan gusti lengan, wakil negara di pertandingan dunia September depan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun cuba nasib, Daniesh Suffian yakin rezeki akan tiba - “Saya pernah tertanya-tanya kenapa nama tak naik”

Malah sokongan keluarga sentiasa menjadi semangat untuk dia membuktikan bakat sebenar dalam industri. 

“Semua ini rezeki, tak boleh paksa. Saya terapkan dalam diri untuk tak mudah mengalah. 

"Saya yakin satu hari nanti akan berjaya. Ibu bapa adalah kekuatan dan mereka sentiasa beri sokongan,” ujarnya.

Daniesh anggap kolaborasi bersama artis lain sebagai satu platform cipta nama bukan menumpang populariti.

Sementara itu dia juga menolak tanggapan sesetengah pihak yang melihat kolaborasi bersama rakan artis seperti Bella Astillah dan Azharina Azhar adalah jalan pintas untuk dikenali. 

Tiada niat menumpang populariti, kerjasama mereka hanyalah untuk memperluaskan jaringan dalam industri muzik. 

“Bagi saya itu adalah peluang, bukan menumpang populariti.

"Saya pun tak pernah paksa orang untuk kolaborasi bersama, semuanya atas persetujuan kedua-dua pihak,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia