suria

Rezza Shah hati-hati pilih pengurus, enggan pisang berbuah dua kali

Rezza letak batas dengan pengurus.

MENGAMBIL iktibar dari pengalaman sebelum ini, penyanyi dan pelakon Rezza Shah kini lebih berhati-hati dalam menjalankan urusan dengan pengurus yang dilantik untuk kerjaya seninya. 

Kata Rezza, 23, dia juga tidak akan membiarkan seorang pengurus campur tangan dalam kehidupan peribadi supaya ada batasan antara mereka. 

"Selepas apa yang berlaku sebelum ini, memang saya ada sedikit trust issue. Sekarang lebih berhati-hati dan mahu segala urusan kerja dilakukan secara profesional. 

Rezza mahu lebih matang.

"Pengurus hanya mengendalikan hal berkaitan kerjaya. Saya juga ada seorang pembantu peribadi yang tahu segalanya.

"Sekarang ini saya mahu bergerak dengan lebih matang," katanya kepada mStar. 

Rezza ditemui ketika majlis tayangan dan sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul #Fyp yang berlangsung di Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi pengurus, Rezza Shah atur karier seni sendiri... Tak kecil hati orang kata dah ‘sendu’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Rezza Shah dah tak tahan jadi ‘alat’ bekas pengurus, dakwa terima gangguan seksual

Dia mengulas perkara itu selepas pendedahakan yang dibuat tentang bekas pengurus bersikap tidak profesional. 

Malah Rezza juga mendakwa dia menerima gangguan seksual dari individu lelaki berkenaan. 

Lantang bersuara mendedahkan apa yang berlaku, Rezza juga akui dia sedikit keterlaluan kerana gagal menahan emosi marah ketika itu. 

Ada juga kerja tertagguh yang belum dia selesaikan.

REZZA SHAH

PENYANYI

"Apabila tengah marah susah nak kawal emosi. Saya akan lebih berhati-hati dan menjaga percakapan selepas ini. 

"Jika apa yang diperkatakan sebelum ini agak keterlaluan dan membuka aib, saya minta maaf," ujarnya. 

Dalam masa sama dia juga memberitahu tidak lagi berhubung dengan individu tersebut selepas urusan kerja melibatkan mereka ditamatkan. 

Rezza selesa dengan pengurusan baharu.

Biarpun sukar untuk menguruskan kerjaya pada awanya, namun kini Rezza semakin bijak menyusun langkah bersama pasukan pengurusan baharu. 

"Dengan pengurus lama memang langsung tidak berhubung dan dia senyap begitu sahaja. 

"Awalnya ada juga kerja tertagguh yang belum dia selesaikan. Namun sekarang semuanya sudah okay," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia