suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada lagi pengurus, Rezza Shah atur karier seni sendiri... Tak kecil hati orang kata dah ‘sendu’

PENYANYI Rezza Shah tidak menghiraukan sekiranya terdapat ada netizen berpendapat kariernya sudah malap gara-gara tidak menerima banyak tawaran nyanyian atau berlakon. 

Menurut Rezza, 23, dia dilihat kurang berkongsi di media sosial kerana sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem selain mempromosikan lagu baharu.

Lebih membuatkan dia sibuk apabila semua kariernya kini diuruskan sendiri tanpa pengurus.

“Saya tidak kisah pun kalau orang kata saya sendu sebab sekarang ini saya sedang seronok buat kerja saya. Saya tidak kejar populariti, tetapi sebaliknya utamakan kualiti. 

“Sekarang ini pun saya tidak mempunyai pengurus, jadi saya uruskan sendiri dengan beberapa kawan lain,” katanya kepada mStar. 

Dalam masa sama, Rezza juga merancang untuk menulis beberapa lagu yang menceritakan perit jerihnya sebagai seorang penggiat seni. 

“Saya mahu tulis lagu yang berkaitan diri saya selepas ini. Ada yang berkenaan hubungan songsang, penyelewengan duit, pecah amanah, tikam belakang dan sebagainya,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi