suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Black Hanifah jual kapal persiaran mewah, hasil duit menyanyi beli tanah ‘view’ laut di Langkawi

SELEPAS tiga tahun membangunkan tempat penginapan pelancongan di Langkawi, penyanyi Black Hanifah mengambil keputusan mengembangkan lagi perniagaan tersebut atas permintaan tinggi yang diterima.

Berkongsi mengenai perkara itu, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad, 36, berkata dia telah membeli sebidang tanah di atas bukit untuk membina lebih banyak bilik penginapan.

“Saya enam buah vila dan semuanya dinamakan sempena nama lagu saya dan terbaru adalah Hijab Rindu villa yang memiliki tiga bilik dan kolam persendirian.

“Sekarang ni saya ada beli sebidang tanah atas bukit yang pemandangannya memang akan nampak laut dan keluasan tanah tu lebih kurang 1.4 ekar, Alhamdulillah rezeki saya, tahun ini rezeki mencurah-curah, jadi saya kumpul duit menyanyi itu untuk beli tanah.

“Buat masa ni memang fokus di Langkawi saja, saya dan isteri memang selesa untuk uruskan satu lokasi saja dahulu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi