suria

Sepahtu Reunion Live ubah karier Roy Bundle, Jep banyak bantu ‘back up’ lawak atas pentas

SELEPAS menyertai program Sepahtu Reunion Live tahun lalu, TikToker Roy Bundle tidak menyangka namanya semakin dikenali.

Roy, 20, berkata peluang bekerjasama dalam program itu sedikit sebanyak telah melonjakkan namanya malah mengubah perjalanan hidupnya kini.

“Alhamdulilah tak sangka lepas kena temu bual dengan mStar dulu, kemudian lepas itu kru produksi Sepahtu hubungi saya... mulanya untuk buat reviu sebagai penonton saja tapi sekarang dah jadi pasukan.

“Waktu tu ada empat orang TikToker iaitu saya, Fuad Nasir, Babah Nadeen dan Atoi, mulanya memang gementar tapi tak sangka abang Jep banyak bantu saya untuk kemaskan lagi cerita dan lawak.

“Program ni memang banyak mengubah hidup saya dan Alhamdulilah rezeki sebab nama makin dikenali terutamanya dalam kalangan peminat Sepahtu Reunion Live,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi