PENYANYI Tuju berjaya menurunkan berat badannya hampir 30 kilogram dalam masa beberapa bulan selepas mula mengamalkan gaya hidup sihat.
Berkongsi perkara itu, Tuju atau Mohd Azree Shah Awang Zamree, 29, berkata banyak perubahan positif terhadap tubuh antaranya lebih bertenaga sewaktu membuat persembahan.
“Saya tak rancang untuk kurus atau berisi tapi apa yang saya lakukan ini untuk jaga kesihatan saja dan belajar perkara baru yang tak pernah saya ambil tahu soal jaga pemakanan.
“Saya okay saja kalau dulu mungkin sedikit berisi tapi sekarang sihat saja bersama keluarga dan harap semuanya macam tu.
“Saya turun berat daripada 90 kilogram dan sekarang sudah 70 kilogram saja dengan mengamalkan diet serta berpuasa… sejak kurus ni rasa lain bila buat persembahan nyanyian pun boleh sampai sejam tanpa henti,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI