suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mus ingatkan semula sejarah bersama May, ikut darah muda punca keluar kumpulan

VODCAST Kenot Brain kali ini membawakan vokalis bagi kumpulan Barbarik iaitu Mus. 

Menerusi sembang vodcast kali ini, Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 57, mengimbau kembali kenangan ketika dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan pertamanya iaitu May. 

Malah, Mus juga menceritakan punca sebenar selain menjawab dakwaan dia keluar daripada May adalah disebabkan mengambil tawaran nyanyian tanpa pengetahuan ahli lain. 

Mus juga sempat berkongsikan mengenai keadaan kesihatannya sehingga koma pada 2017 lalu akibat menghidapi Thrombotic Thrombocytopenic Purpura (TTP) iaitu kekurangan platelet. 

Dalam perkembangan lain, Mus turut berkongsi persiapan Konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat yang bakal diadakan di Zepp, Kuala Lumpur pada 28 Jun depan. 

Bagi yang masih belum mendapatkan tiket, boleh membuat pembelian menerusi laman iLassoTickets 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi