suria

Enot dah ‘move on’ tak mahu ingat kisah lalu, mengaku rindu Didie Alias... “Kalau jumpa kita tegur”

KONFLIK persahabatan di antara pelakon Enot dan juga pelawak Didie Alias yang berlaku sejak tahun 2023 nampaknya masih belum menemui titik noktah. 

Ia susulan kedua-dua mereka tidak pernah berhubung bagi meleraikan kemelut yang berlaku itu.

Kata Enot atau Aliza Abdullah, 47, dia sudah pun ‘move on’ dan hanya mahu meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Namun, jauh di sudut hati, dia rindu untuk kembali berlakon bersama Didie memandangkan pelawak tersebut seorang sahabat yang kelakar dan sering menjadi penyeri di set penggambaran.

“Saya memang sampai sekarang tidak ada hubunginya. Bagi saya biarlah benda yang sudah berlaku itu. Saya tidak mahu lagi panjang cerita yang sudah lepas. Ini merupakan jalan yang terbaik bagi saya. Kalau jumpa kita tegur, kalau tak pandang dan doa saja daripada jauh!

“Kalau dulu saya memang tak boleh hidup tanpa dia, tetapi sekarang ini saya sudah lepaskan rasa itu dan menjadi lebih lega sekarang.

“Saya akui yang memang rindu untuk berlakon dengan dia (Didie) sebab dia seorang yang seronok dan juga ‘havoc’. Saya tak kisah kalau ada produksi mahu gabungkan kami,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi