suria

Sepupu Zoey Rahman mangsa nahas bas, arwah rajin buat kerja ‘part time’ berubah sikap seminggu sebelum kemalangan

PELAKON Zoey Rahman mendedahkan sepupunya iaitu Fakhrul Arif Rosli yang merupakan salah seorang mangsa terkorban dalam kemalangan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ada menunjukkan perubahan sikap seminggu sebelum kejadian. 

Cerita Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 40, Fakhrul yang merupakan seorang pemalu berubah menjadi peramah, memeluk sanak saudara selain bermanja bersama neneknya semasa kenduri melibatkan keluarga. 

“Mak dia (Fakhrul) ada cakap yang seminggu sebelum kejadian, keluarga mereka ada buat kenduri. Kita tahu yang Fakhrul ini seorang yang pemalu, tetapi semasa kenduri dia berubah.

“Dia menjadi seorang yang peramah, peluk semua orang, cium nenek yang masa semua itu tidak buat sebelum ini. Dia juga ada belanja keluarga dia makan,” katanya kepada mStar. 

Bercerita mengenai peribadi Fakhrul, Zoey berkata Allahyarham merupakan seorang yang patuh agama, taat kepada ibu bapa malah tidak suka menyusahkan ahli keluarga. 

“Ketika dia cuti semester, dia sanggup untuk kerja ‘part time’ cari duit lebih untuk tampung kehidupannya,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi