suria

Azharina pernah terima tawaran sertai politik, berani bersuara perjuang hak…. ‘BASS’ jadi inspirasi bantu rakyat

Azharina tak tolak sertai politik satu hari nanti.

PENYANYI Azharina Azhar tidak menolak sekiranya satu hari nanti dia diberi peluang untuk terjun ke dunia politik. 

Bagaimanapun Azharina, 40, berkata, buat masa ini dia memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya seni dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal.

“Kalau saya diberi peluang untuk terjun ke bidang politik satu hari nanti, insya-Allah jika ada sokongan ramai,” katanya kepada mStar.

Azharina beberapa kali terima tawaran sertai parti politik.

Azharina berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Gunung Kinabalu di Saprah, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Tambah Azharina dia tidak gentar andai perjuangan menuntut hak rakyat membuatkan dirinya berdepan risiko digam atau dikritik.

“Tapi jujur saya jenis orang yang akan buat kerja seikhlas hati, malah kalau nak bercakap hingga terpaksa digam sebab perjuangan, saya tak peduli.

“Saya berjuang untuk hak orang, bukan kerana duit semata-mata. Cuma saya tak menolak kemungkinan, jika ada adalah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azharina lapor polis dakwa difitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Azharina belum temui cinta hati, kehadiran Dr Hisham rawat luka lama

Dalam pada itu, Azharina mengakui sudah beberapa kali menerima tawaran daripada pihak tertentu untuk menceburi politik, namun menolak secara baik kerana belum bersedia.

“Ada sahaja pihak ajak sertai politik tapi saya tolak secara baik sebab rasa belum bersedia.

“Untuk jadi wakil rakyat kena ada duit yang sangat banyak, saya ni tak kaya dan seorang ibu tunggal,” katanya.

Ada sahaja pihak ajak sertai politik tapi saya tolak secara baik sebab rasa belum bersedia.

AZHARINA

PENYANYI

Berkongsi lanjut, menurut Azharina masih ada pihak yang meragui kelayakan artis menjadi wakil rakyat sedangkan di negara jiran seperti Indonesia, ramai golongan selebriti berjaya membawa suara orang ramai. 

Malah Azharina menjadikan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai inspirasi.

“Lagipun masih ada yang beranggap siapa saya? Seorang penyanyi sahaja. Sedangkan di negara jiran kita Indonesia ramai artis-artis menjadi wakil rakyat dan Alhamdulillah macam Krisdayanti banyak bantu kampung dia.

Azharina berduet dengan Daniesh menerusi lagu Gunung Kinabalu.

“Saya fikir pemikiran masyarakat kita perlu berubah… Contoh paling dekat Bella dan Syed Saddiq, sepanjang mereka bersama banyak dapatkan dana untuk bantu rakyat di Muar,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Azharina melancarkan single terbaharu  berjudul Gunung Kinabalu iaitu duet bersama penyanyi Daniesh Suffian.

Lagu tersebut dilancarkan secara rasmi pada 3 September lalu bersempena sambutan Hari Malaysia dan sudah boleh distrim di semua platform digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain