suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aniq Suhair genggam ijazah tepat waktu, berjaya tamat pengajian tanpa penangguhan

Aniq tidak patah semangat untuk terus belajar.

PELAKON Aniq Suhair berkongsi kegembiraan berjaya menggenggam ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari City University Malaysia.

Lebih membanggakan buat Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, dia menghabiskan tempoh pengajian selama tiga tahun tanpa sebarang penangguhan meskipun sibuk dengan jadual kerja.

"Tiga tahun pengajian tanpa menangguhkan satu semester pun. Selepas enam tahun dalam industri, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian sambil meneruskan kerjaya lakonan.

Dalam kesibukan jadual kerja Aniq masih tetap berjaya menamatkan pengajian. 

"Bukan perjalanan yang mudah. Antara menghafal dialog, menjiwai watak, mengejar jadual penggambaran, menguruskan perniagaan dan menyiapkan tugasan, masa menjadi cabaran terbesar.

"Ada ketika penat, demam dan tekanan menguji. Tetapi saya bersyukur berjaya mengharunginya," kongsi Aniq dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon ini juga memberitahu dia terpaksa melupakan seketika hasrat untuk menyambung pengajian selepas tamat pengajian asasi kerana terlibat dalam dunia lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur dah cecah 26 tahun, Aniq Suhair nak kahwin tapi belum jumpa wanita memenuhi kriteria 

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair ‘tewas‘ akibat jerebu, ingatkan orang ramai jangan ambil mudah kesihatan

Bagaimanapun, bagi Aniq, dia sentiasa percaya akan kepentingan pendidikan demi masa depan.

"Saya menamatkan pengajian asasi pada usia 19 tahun dan selepas itu, terus aktif dalam industri lakonan.

Aniq bersyukur berjaya menamatkan pengajian. 

"Peluang demi peluang datang, tawaran kerja tidak putus-putus dan entah bagaimana, hasrat untuk menyambung pengajian terpaksa diketepikan buat sementara waktu.

"Namun, saya tidak pernah melupakan impian untuk memiliki segulung ijazah. Saya sentiasa percaya, sejauh mana pun kita melangkah dalam kerjaya, pendidikan tetap penting," kongsinya.

Artikel Lain