suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umur dah cecah 26 tahun, Aniq Suhair nak kahwin tapi belum jumpa wanita memenuhi kriteria

Aniq mahu kahwin dengan kadar segera

PELAKON Aniq Suhair meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin memandangkan usianya kini sudah mencecah 26 tahun. 

Selain faktor usia, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, berkata desakan keluarga juga membuatkan dia mula memikirkan mengenai perkahwinan itu.

“Ya, saya sebenarnya kalau boleh mahu berkahwin secepat mungkin. Saya ada dapat tekanan daripada keluarga  dan adik-adik saya pun selalu bertanya bila nak ada bayi sebab mereka nak bermain dengan bayi.

Aniq berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Saya rasa umur sekarang ini pun memang sudah sampai masa untuk berumah tangga, cuma calonnya sahaja yang belum ada.

“Soal memilih itu, saya ada kriteria yang saya suka tentang wanita yang dicari, jadi setakat ini belum jumpa lagi yang menepati ciri-ciri berkenaan,” katanya kepada mStar. 

Dalam masa sama, Aniq memberitahu dia ingin mengenali wanita yang mempunyai latar belakang kerjaya berbeza dengannya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair akui terlepas pandang ‘belanja‘ pusat dalam filem, masih jaga prinsip batas aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair belajar loghat Perak demi 'Ate Kome I Love You'

“Kalau boleh, saya memang mahu elak dan mencari seseorang dari luar industri.

“Saya sudah ada latar belakang dan pengalaman dalam industri seni, jadi saya nak cari orang luar supaya kami ada perkara yang kontra dan boleh berkongsi bersama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aniq menzahirkan rasa syukur apabila gandingannya bersama aktres Amylia Aidura menerusi drama terbaharu, Hanya Untuk Dia mendapat reaksi luar biasa daripada peminat sehingga ada yang menjodohkan mereka berdua.

Aniq tidak mahu mencari pasangan di dalam industri. 

Bagaimanapun, Aniq menegaskan hubungan mesra yang dipamerkan di hadapan kamera hanyalah atas dasar profesionalisme kerja semata-mata.

“Alhamdulillah bila orang komen nampak macam betul-betul bercinta atau beri respons positif, itu bermakna lakonan dan keserasian kami menjadi di kaca skrin.

“Tetapi hakikatnya hubungan kami berdua sekadar rakan sekerja dan pasangan gandingan dalam drama sahaja, tiada lebih daripada itu,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain