PELAKON Aniq Suhair mengakui berdepan cabaran untuk menguasai loghat Perak bagi menjayakan watak dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Ate Kome I Love You.Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, berkata dia tidak mahu sekadar menuturkan loghat tersebut secara luaran, sebaliknya berusaha memahami jiwa dan budaya masyarakat Perak supaya watak yang dibawakan nampak lebih asli dan meyakinkan. “Saya mahu orang Perak merasakan watak ini benar-benar hidup dan dekat dengan mereka. Aniq berkongsi cabaran membawakan watak anak kampung.“Apabila bertutur dalam dialek Perak setiap hari sepanjang penggambaran, saya mula memahami keunikan dan keindahan bahasa tersebut. “Kalau ada yang kurang saya harap orang Perak boleh maafkan saya. Kalau ada yang menjadi, anggap itu kredit untuk semua yang banyak membantu,” katanya.Dalam pada itu, Aniq memberitahu walaupun berasal dari Taiping, pengalaman membesar di negeri itu tidak semestinya memudahkan proses penguasaan loghat yang diperlukan dalam drama berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair terkejut terima berita pemergian Dharma Harun, tak sangka drama Ayah lakonan terakhir arwahARTIKEL BERKAITAN: Lutut koyak ketika jalani penggambaran, Aniq Suhair terima enam jahitan“Ramai menyangka semua orang Perak bercakap dengan loghat yang sama. Hakikatnya terdapat perbezaan mengikut kawasan dan latar masyarakat. “Walaupun berasal dari Taiping, saya sudah lama menetap dan bekerja di Kuala Lumpur. Dialek Taiping pula ada pengaruh utara yang agak dekat dengan Kedah dan Pulau Pinang.“Jadi saya mahu pastikan sebutan dan cara percakapan yang digunakan dalam drama benar-benar tepat dan tidak kedengaran dibuat-buat,” ujarnya.Menerusi Ate Kome I Love You, Aniq tampil sebagai Mamat, seorang penghantar makanan berasal dari Kuala Kangsar yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencari peluang hidup lebih baik. Aniq teruja dapat mempelajari loghat Perak di set penggambaran drama.Dalam perjalanan mengejar impian dan membina kehidupan baharu, Mamat tanpa disangka menemukan persahabatan, cabaran dan cinta yang mengubah kehidupannya. Selain Aniq, Ate Kome I Love You turut dibintangi oleh Amy Mastura, Bella Doewana, Reza Hasbi, Aidit Noh dan ramai lagi. Siri romantik komedi ini boleh ditonton di platform penstriman Viu bermula 25 Jun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!