PERMOHONAN usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar untuk menarik balik pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi, ditolak oleh Mahkamah Syariah Gombak Barat, Selangor pada Khamis.Peguam syarie yang mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria, berkata Hakim Syarie Nurul Hidayah Jani tidak membenarkan permohonan itu dan prosiding akan diteruskan dengan keterangan pihak defendan pada 9 Julai depan.Adira hadir bersama peguam. “Mahkamah menolak untuk penarikan kes jadi kita akan teruskan dengan keterangan defendan (Adira) pada 9 Julai ini.“Pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah berdasarkan hukum syarak tak boleh sewenangnya ditarik semula.“Sekiranya berlaku lafaz talak atau lafaz rujuk di luar mahkamah perkara itu perlu dibawa ke mahkamah untuk disahkan oleh hakim. Hanya hakim menentukan sama ada lafaz itu sah atau tidak,” katanya kepada pemberita.Prosiding yang bermula kira-kira jam 2.30 petang berlangsung hampir satu jam dengan kedua-dua pihak hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan berhubung permohonan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red tarik kes pengesahan rujuk terhadap Adira ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red terkilan tidak dapat tiket ke final TTMM2 Sementara itu, Adira berkata dia bersedia menerima apa sahaja keputusan mahkamah memandangkan kes berkenaan sudah berada di pertengahan prosiding.“Sebenarnya saya sedia apa saja keputusan dari mahkamah memandangkan kes ini sudah separuh jalan.“Saya okay saja kerana tak ada apa yang berubah. Kalau hari ini tak selesai lagi, saya masih boleh bekerja macam biasa.Adira berharap kes mahkamah segera selesai. “Saya boleh jaga anak-anak macam biasa jadi Alhamdulillah tak ada masalah pun,” ujarnya.Untuk rekod, Adnan telah memfailkan kes pengesahan rujuk berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember tahun lalu.Dakwa Adnan, berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian, namun Adira dilaporkan tidak mengesahkan perkara tersebut.Adira bagaimanapun menegaskan tidak mengetahui mengenai pengesahan lafaz rujuk berkenaan.Untuk rekod, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahuJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!