GARA-GARA terlalu banyak makan buah durian, penyanyi Hussain terpaksa akur berdepan masalah kesihatan ketika beraksi di pentas akhir program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).Mengakui kesilapan sendiri, Hussain, 23, turut mendedahkan dia tidak menceritakan perkara sebenar kepada bapanya iaitu penyanyi Jamilul Hayat yang bertindak sebagai 'pengurus' dalam program berkenaan. "Silap saya hari itu makan durian. Saya tak beritahu ayah pun.Hussain (kiri) tidak kecewa berada di tempat kedua. "Bukan dua ulas, tapi dua biji (makan durian) sebelum final," katanya.Hussain berkongsi perkara tersebut ketika tampil menjadi tetamu dalam program Borak Seeni yang dikendalikan oleh Nana Mahzan dan Hunny Madu sebagai pengacara.Dia turut menambah keadaan kesihatannya sebelum ini kurang baik dan tindakan makan durian menjadi faktor dia sukar menyanyi di atas pentas.ARTIKEL BERKAITAN: Anggrek juara TTMM2, anak layak menang - Adira ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Urat malu’ dah putus, Hussain kini semakin berani... Marah baca komen kritik pengurusanApabila ditanya tentang amalan berpantang sebelum membuat persembahan, Hussain memberitahu sukar untuk menahan selera daripada melepaskan peluang menikmati 'raja buah' itu."Tak boleh tahan. Masa itu memang saya tengah demam," jelasnya.Hussain akan terus aktif menyanyi. Pada konsert akhir TTMM2, Hussain mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.Bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Hussain memberi bayangan bakal tampil dengan sebuah lagu baharu dalam masa terdekat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!