suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertama kali jadi hero filem, Syazlie Syazz terbuka dikritik

Syazz sedia sahut cabaran berlakon pelbagai watak.

PERTAMA kali tampil sebagai watak utama, pelakon Syazlie Syazz sedia dan terbuka untuk menerima kritikan penonton terhadap lakonannya dalam filem terbaharu berjudul The Keris.

Bagi Syazz atau Mohamad Syazlie Shah Ninam Shah, 28, setiap respons sama ada baik atau sebaliknya adalah penting untuk membantunya terus memperbaiki mutu lakonan.

"Mulut manusia memang kita tak boleh nak buat apa-apa. Mereka ada hak masing-masing.

Syazz melakukan sendiri babak aksi dalam The Keris. 

"Namun dari sudut positif, kritikan itu bukan untuk menjatuhkan. Ia membantu mengubah sesuatu menjadi lebih baik.

"Bagi saya, kritikan itu adalah normal dan jika ada yang mengkritik, saya akan perbaiki," katanya kepada mStar.

Biarpun watak Daing dalam filem tersebut menjadi satu pengalaman baharu baginya, kerjaya seni Syazz sebenarnya sudah bermula sejak 10 tahun lalu sebagai pelakon aksi lagak ngeri (stuntman).

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair belajar loghat Perak demi 'Ate Kome I Love You' 

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling, Arfie Shah dan Aedy Ashraf terajui telefilem bertemakan pickleball

Menyahut cabaran tampil sebagai hero, dia juga sedar akan tanggapan sesetengah pihak yang mungkin kurang percaya terhadap bakatnya beraksi di hadapan kamera.

"Peluang ini sesuatu yang berat, tetapi saya diberi kepercayaan dan ini rezeki Allah.

"Laku atau tidak filem ini, saya berserah. Saya hanya berusaha. Memanglah saya bukan pelakon terkenal, tetapi kita tidak tahu rezeki Allah," luahnya.

Syazz (tengah, berbaju Melayu hitam) dan barisan pelakon The Keris. 

Dalam masa sama, Syazz juga menganggap filem ini sebagai batu loncatan untuk dia terus aktif dalam bidang lakonan dan berharap diberi peluang menggalas pelbagai watak.

Biarpun begitu, pelakon ini kekal berpegang pada prinsip peribadinya dan memilih untuk menerima tawaran yang bersesuaian.

"Saya pun ada had sendiri. Jika watak okay, saya akan terima. Tetapi saya tak suka berlakon bersentuhan dengan bukan mahram," ujarnya.

Selain Syazz, pelakon lain yang turut terlibat dalam filem The Keris ialah Julia Larica, Firdaus Luthuffi, Zainal Isa, Raja Azrey dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Filem arahan Viknes Perrabu ini bakal ditayangkan bermula 2 Julai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain