suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anna Jobling, Arfie Shah dan Aedy Ashraf terajui telefilem bertemakan pickleball

Arfie dan Anna merupakan watak utama dalam cerita tersebut.

POPULARITI sukan pickleball yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan akhirnya diangkat ke layar skrin menerusi sebuah telefilem istimewa berjudul Dink! I Love You.

Aktres utama Anna Jobling, 26, berkata dia langsung tidak mempunyai sebarang asas atau pengalaman dalam mengendalikan sukan berkenaan sebelum menerima tawaran tersebut.

Bagaimanapun, demi tuntutan watak sebagai Diba, dia sanggup turun ke gelanggang lebih awal untuk menjalani latihan intensif demi memberikan persembahan yang meyakinkan.

Anna dan Arfie pertama kali bergandingan bersama. 

“Demi menjayakan watak dan memberikan persembahan yang meyakinkan, saya meluangkan masa untuk mempelajari asas permainan serta menjalani latihan sebelum penggambaran bermula.

“Saya melihat peluang ini sebagai satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana bukan saja dapat mencuba sesuatu yang baharu, malah memahami semangat kesukanan yang menjadi tunjang cerita ini," katanya.

Tambah Anna, biarpun berdepan kesukaran pada fasa awal, dia mula jatuh cinta dengan sukan berkenaan selepas mula memahami rentak permainan.

Sementara itu, Arfie Shah pula menganggap nashkah tersebut sebagai rezeki buatnya memandangkan dia sememangnya seorang pemain tegar sukan tersebut di luar set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Arfie Shah selesa tujuh tahun tanpa kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik watak romantik, Anna Jobling sedia berlakon genre aksi

“Sejujurnya saya memang tak pernah sangka sukan yang saya paling minat, iaitu pickleball, akhirnya membuka pintu kepada saya untuk melakonkan watak sebagai atlet pickleball.

“Pada mulanya saya hanya bermain untuk berseronok dan mengisi masa lapang, tetapi takdir membawa saya ke set penggambaran. Bila dikenang semula, semuanya berlaku dengan begitu pantas dan saya sangat bersyukur dengan peluang ini,” kongsinya.

Dalam naskhah yang ditayangkan di platform penstriman UTV ini, Arfie memegang watak Ghazali iaitu seorang pelajar pintar yang kekok namun perlu berubah menjadi seorang atlet yang berkeyakinan.

Sementara itu, Presiden UTV, Datuk Adzliana Hasan menjelaskan keputusan untuk mengangkat latar sukan pickleball adalah disebabkan pihaknya mahu lari daripada klise drama rantaian sedia ada.

Aedy juga merupakan salah seorang pelakon telefilem berkenaan. 

“Kalau sebelum ini saya pernah menghasilkan drama berunsurkan komedi romantik, percintaan, seram dan ngeri, kali ini kami mahu tampil dengan sesuatu yang berbeza. Pickleball sedang menjadi fenomena.

“Kalau badminton atau bola sepak sudah banyak dipaparkan dalam drama, mengapa tidak kita cuba sesuatu yang baharu? Harapan saya, telefilem ini bukan sahaja menghiburkan, malah dapat memperkenalkan lagi sukan pickleball kepada masyarakat,” ujarnya.

Naskhah bergenre komedi romantik arahan Boy Koci terbitan Motio Studio itu membariskan Anna Jobling, Arfie Shah, dan Aedy Ashraf selaku teraju utama.

Dink! I Love You mengisahkan tentang Diba (Anna Jobling), seorang pemain pickleball berbakat yang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan regu asalnya, Arman (Aedy Ashraf).

Diba kemudiannya memilih Ghazali (Arfie Shah) sebagai rakan sepasukan baharu, sekaligus mencetuskan konflik cinta tiga segi dan membakar semangat mereka untuk memburu kejuaraan di gelanggang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain