suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk Red dedah bakal nikah Julai depan

Datuk Red bakal berkahwin pada bulan Julai depan.

BEKAS suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita pilihan hati pada Julai depan.

Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, berkata majlis pernikahan tersebut akan diadakan secara sederhana di Kuala Lumpur memandangkan dia mahu memfokuskan kepada perkara yang wajib sahaja.

"Ya insyaAllah, bulan 7 nanti. Saya buat dekat KL, ringkas-ringkas sahaja. Buat majlis nikah sahaja," katanya secara eksklusif kepada mStar.

Datuk Red akui sedang bahagia bersama wanita pilihannya, Rohanita. 

Berkongsi mengenai identiti suri hatinya itu, Datuk Red mendedahkan wanita berkenaan merupakan seorang usahawan bernama Rohanita, 35 tahun, dan berstatus ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.

Jelas Datuk Red, dia tertarik pada keperibadian bakal isterinya yang matang dan sentiasa memahami dirinya terutama dalam dunia perniagaan.

"Saya jatuh cinta sebab dia cepat faham perangai saya. Kami sama-sama berniaga. Berborak pasal perniagaan. Jarang borak pasal bercinta. Kami memang fokus berniaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red terkilan tidak dapat tiket ke final TTMM2

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red tak hadap rujuk Adira, sangkal dakwaan minta RM100,000 untuk gugur kes

"Saya kenal dia dalam tahun ini juga. Asalnya daripada tolong reviu barang dan berniaga, lama-lama kami berkenalan dan akhirnya nak berkahwin," dedahnya.

Dalam pada itu, Datuk Red turut menegaskan bahawa perkahwinan baharunya ini adalah bukti bahawa dia sudah pun melupakan kisah lamanya.

Malah, Datuk Red meluahkan rasa terharu apabila Rohanita ikhlas menerima dia seadanya walaupun sedang berdepan dengan ujian kewangan yang berat.

Datuk Red mahu meneruskan kehidupan dengan wanita pilihan hati. 

"Saya nak kahwin sebab ada yang kata saya belum 'move on'. Jadi, saya buktikan dengan berkahwin bersama wanita ini. 

"Alhamdulillah dia terima saya seadanya. Terima di saat saya tidak ada apa-apa. Saya kahwin bukan sebab nak minta tolong bayar hutang, saya hanya nak berniaga dengan dia. Kami bantu-membantu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain