suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asyik watak romantik, Anna Jobling sedia berlakon genre aksi

Anna sedia bintangi drama atau filem aksi.

PELAKON Anna Jobling bersedia keluar daripada zon selesa sekiranya diberikan peluang oleh mana-mana pengarah atau penerbit untuk membintangi naskhah bergenre aksi.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, berkata dia bersedia mencuba sesuatu yang berbeza demi membuktikan bakat lakonannya. 

"Mungkin kalau ada pengarah dan penerbit tawarkan yang lain daripada yang lain, saya akan pertimbangkan.

Anna akui pernah terima tawaran genre aksi. 

"Ada (pernah dapat tawaran). Cumanya dia kena ikut jadual kan. Kadang-kadang dapat tawaran, tapi jadual tak izinkan. Jadi terpaksa berkorban. Saya okey untuk buat filem aksi," katanya kepada mStar. 

Dalam masa sama, Anna berkata dengan menjayakan genre aksi, ia sekali gus menutup stereotaip segelintir pihak terhadap dirinya yang sering dilihat membawakan naskhah romantik. 

Meskipun akan ada suara sumbang yang mempertikaikan kemampuannya untuk melakukan aksi lasak, Anna tidak mempedulikan kritikan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak pernah kenal penat, Anna Jobling sanggup tangguh cuti panjang

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra berpelukan, hubungan Anna Jobling dengan ibu kembali jernih... “Kalau tiada dia, saya rasa kosong”

"Saya memang okey sahaja. Tak ada masalah langsung nak buat.

"Saya bersedia untuk cuba benda baru walaupun ada orang cakap ia tak sesuai, saya tak kisah apa orang akan cakap. 

“Saya akan buat apa yang saya buat," jelasnya.

Anna kini sedang sibuk dengan penggambaran. 

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Anna memaklumkan jadualnya kini padat dengan penggambaran. 

"Sekarang saya sedang penggambaran di Malaysia, selepas ini saya akan kembali ke Indonesia untuk fokus kerjaya sana," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain