AKTOR Datuk Remy Ishak berkongsi pendapat tentang kejayaan sesebuah filem yang diukur berdasarkan populariti seseorang pelakon dalam karya berkenaan.Bagi Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 44, pemilihan pelakon juga mampu memberi impak terhadap beberapa aspek termasuk kutipan di pawagam. "Filem yang gagal ditukar kepada pelakon popular, adakah ia mengubah apa-apa? Pendapat saya, ya.Luahan pendapat Remy di Threads. "Tapi mungkin tidak sebanyak yang orang sangka. Kemungkinan yang berubah adalah kutipan minggu pertama, liputan media bertambah, penaja lebih yakin dan jumlah pawagam bertambah," katanya.Remy menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap satu hantaran yang mempersoalkan kemungkinan pemilihan pelakon popular mampu mengubah kejayaan sesebuah filem.Tambahnya, setiap perkara yang disebut itu boleh membantu mengatasi masalah sesebuah filem yang mengalami kerugian besar.ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak tak kalah dengan gangguan - “Saya ini pejuang” ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak kagumi bakat Aghniny Haque, isteri beri galakkan terima watak AwangRemy, dalam masa sama, berpendapat bahawa pembikinan sesebuah karya tidak seharusnya bergantung kepada nama atau populariti seseorang pelakon."Pelakon hanyalah satu komponen. Walaupun komponen yang sangat penting, kalau skrip lemah, suntingan bercelaru atau pemasaran gagal, seorang pelakon hebat pun mungkin tidak mampu menyelamatkannya," kongsinya.Terbaharu, Remy tampil dalam filem berjudul Khadam yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!