PENGALAMAN berdepan gangguan mistik dipercayai angkara perbuatan sihir tidak pernah mematahkan semangat pelakon Datuk Remy Ishak untuk terus terlibat dalam dunia seni.Bagi Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 44, biarpun mengambil masa untuk dia benar-benar pulih, namun setiap yang berlaku juga dianggap sebagai satu ujian buat dirinya. "Saya ini pejuang! Memang ada rasa nak putus asa, tetapi dah masuk dua kaki dalam dunia ini, takkan nak tinggalkan begitu sahaja.Remy lebih tenang dan tahu berdepan gangguan. "Nak 'come back' mungkin ambil masa sedikit. Saya tidak akan biarkan diri terus 'ditanam'," katanya kepada mStar.Remy ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Khadam yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.Dia sebelum ini beberapa kali pernah berkongsi tentang gangguan yang mula dirasai sekitar lima tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: “Sejarah hitam apa menghantui hidup anda?”… Remy Ishak ‘sound’ individu pertikai rezeki pelakon tak halal ARTIKEL BERKAITAN: Isu komen emoji ‘love eyes’, Remy Ishak tiada rahsia dengan isteriBiarpun telah melalui proses rawatan, namun Remy memberitahu ada ketika dia masih dapat merasakan gangguan tersebut sehingga hari ini."Sehingga hari ini pun masih berlaku. Kadang-kala apabila bercakap dengan orang, saya hilang keyakinan. Otak jadi tak boleh nak berfikir."Laluan saya seperti ditutup. Apa yang boleh saya buat hanya bertenang sahaja. Apa yang boleh saya buat hanya bertenang sahajaDATUK REMY ISHAK PELAKON "Saya selalu positif. Ada perkara yang saya tidak jaga sehingga mungkin Allah izinkan ini berlaku kepada saya. Semuanya berbalik kepada diri sendiri," ujarnya.Sementara itu, berkongsi tentang watak Awang dalam filem Khadam yang juga bergenre seram, Remy mengakui tidak mudah untuk dia melepaskan karakter tersebut ketika menjalani penggambaran."Dalam tempoh penggambaran, saya menjadi Awang. Tak boleh nak lepaskan. Kalau lepas, susah nak cari semula. Jadi saya bertahan dalam watak itu sepanjang penggambaran.Barisan pelakon Khadam. "Saya tak pandai nak 'on' dan 'off' di lokasi," kongsinya.Selain Remy, pelakon lain yang turut terlibat adalah Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff, Karl El serta aktres Indonesia, Aghniny Haque.Filem arahan Shamyl Othman itu akan mula ditayangkan pada 11 Jun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!