suria

Isu komen emoji ‘love eyes’, Remy Ishak tiada rahsia dengan isteri

Remy (kiri) tidak pernah berahsia dengan isteri.

PELAKON Datuk Remy Ishak tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya meninggalkan komen emoji “love eyes” pada hantaran selfie milik pelakon Indonesia, Aghniny Haque yang sebelum ini mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen.

Menurut Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 43, segala pergerakan yang dilakukan akan diketahui oleh isterinya, Datin Ezza Yusof dan tiada rahsia antara mereka. 

"Isteri saya adalah orang yang paling tahu semua benda fasal saya. Isteri saya pun tertanya-tanya kenapa mereka (netizen) ini begitu pelik. 

"Setiap tindak tanduk dan apa yang saya lakukan sangat transparent (tidak berselindung). 

Komen Remy terhadap hantaran Aghniny yang mencuri perhatian ramai.

"Saya berlakon dengan siapa, malah foto tular saya buat dengan AI sebelum ini pun saya beri dulu kepada isteri tanya okay tak," katanya kepada mStar.

Remy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mikael: Pemburu Dua Alam yang diadakan di GSC Cinemas, Midvalley, Kuala Lumpur pada malam Selasa. 

Mengulas lanjut mengenai hubungan dengan Aghniny, Remy menjelaskan pelakon tersebut merupakan heroin gandingannya dalam filem Khadam dan menganggap isu tersebut tidak wajar diperbesarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejarah hitam apa menghantui hidup anda?”… Remy Ishak ‘sound’ individu pertikai rezeki pelakon tak halal

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kedekut beri upah lebih, isteri Remy Ishak percaya ‘babysitter’... Satu keluarga selesa

"Itu heroin saya dalam filem Khadam. Orang tak tahu, tapi takkanlah semua benda saya nak kena beritahu. 

"Masyarakat kalau boleh nak tahu semua fasal saya, tapi bukan semua boleh berkawan dengan saya. 

"Bila mereka tak dapat tahu mulalah nak buat cerita yang tak bagus. Saya tak perlu nak terangkan kepada semua siapa kawan saya, nak reply dekat siapa. Mereka (netizen) tak perlu tahu pun," ujarnya. 

Isteri saya adalah orang yang paling tahu semua benda fasal saya.

DATUK REMY ISHAK

PELAKON

Sebelum ini, ramai dalam kalangan netizen menegur tindakan Remy yang disifatkan tidak menjaga hati isteri kerana meninggalkan emoji 'love eyes' pada foto selfie Aghniny. 

Pun begitu, Ezza dengan tenang membalas persoalan tersebut dengan memberitahu komen tersebut adalah bertujuan mempromosikan filem terbaharu gandingan Remy bersama aktres berkenaan berjudul Khadam. 

Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. 

Remy enggan mengambil pusing kecaman netizen.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Tuah Alam yang kini berusia tiga tahun. 

Dalam perkembangan lain, Remy turut membintangi filem Mikael: Pemburu Dua Alam yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 April ini. 

Mikael: Pemburu Dua Alam merupakan sebuah karya yang menggabungkan aksi mendebarkan, elemen komedi serta dunia ghaib. 

Selain Remy, filem itu turut dibintangi oleh Noreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin, Amir Nafis dan Ahirine Ahirudin. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain