PENYANYI Liza Hanim berkongsi nasihat penting mengenai memilih pasangan hidup kepada anak-anak perempuannya iaitu Marsya dan Qaireen. Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 47, berkata ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mencari pasangan hidup terutama soal umur dan tanggungjawab. "Saya cuma pesan pada anak-anak perempuan saya iaitu Marsya dengan Qaireen saja. Ini nasihat yang arwah ayah saya pernah kongsikan. Dia kata kalau nak cari suami, cari yang lima tahun lebih tua sekurang-kurangnya. Liza sentiasa berpegang kepada pesanan arwah bapanya."Pada waktu itu saya tidak faham kenapa. Tapi sebab saya ikut cakap ayah, saya cari suami yang beza umur lima tahun dari saya. "Sekarang ini saya faham kenapa arwah ayah menasihatkan sebegitu. Semuanya memang ada hikmah," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Liza memberitahu dia tidak meletakkan syarat tertentu dalam mencari calon suami untuk anak-anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim tidak tolak tawaran berlakon jika ada rezeki... “Jangan bagi saya watak mak-mak klise”ARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman netizenKata Liza, dia hanya mahukan seorang menantu yang rajin dan mempunyai pegangan agama yang baik dalam mendidik. "Saya tidak meletakkan sebarang syarat untuk Marysa mencari calon suami, tapi biarlah lelaki itu seorang yang bertanggungjawab. "Tidak semestinya harus kaya. Kalau kaya tapi malas pun tak guna sebab dalam keluarga dia (menantu) kena jadi contoh pada anak-anak. Sekarang ini saya faham kenapa arwah ayah menasihatkan sebegitu. Semuanya memang ada hikmah. LIZA HANIMPENYANYI"Saya mahukan menantu yang rajin, ada agama dan kuat berusaha. Dia juga kena kuat sebab kalau dah masuk dalam keluarga seni perlu bersedia untuk dihentam (kecaman netizen)," ujarnya. Liza bagaimanapun tidak menolak sekiranya anak-anaknya bertemu jodoh di usia muda. Kongsi Liza, dia juga berkahwin awal dan mendapat cahaya mata pertama pada usia 23 tahun. "Saya dapat Marsya umur 23 tahun ya, sangat muda. Jodoh itu semua rahsia Tuhan. Lambat atau cepat semua bersebab. "Macam saya dulu sudah mula menyanyi di usia muda dan bekerja merata-rata. Saya seorang 'family person'. Saya selalu membayangkan ada anak-anak yang ramai. Liza (dua dari kiri) dan Shah bahagia bersama lima orang cahaya mata mereka."Jadi kalau anak-anak tiba-tiba nak kahwin sudah tentu saya akan teliti dulu. Kalau anak lelaki adakah mereka boleh jaga anak orang," katanya. Untuk rekod, Liza mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin pada 2003.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Marsya Qistina, Marissa Qaireen, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Mohamed Al Fateh.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube