HANTARAN terbaharu isteri pertama kepada personaliti media sosial Ahmad Aslam iaitu Umisya Mazlan kembali mencuri perhatian netizen.Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, penampilan Umisya yang mengenakan busana serba marun mengundang pelbagai spekulasi termasuk dakwaan dia kini sedang berbadan dua. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar segala urusan kehamilan serta proses bersalin anak keempatnya dipermudahkan.Hantaran Umisya undang perhatian ramai. “Hamil lagi ke? Alhamdulillah rezeki.“Nampak baby bump.“Semoga anak nombor empat ini comel macam Misya,” antara komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua kali lafaz cerai luar mahkamah, Aslam dan Marissa kembali rujuk bulan sama… Proses pengesahan rumit kerana tiada sijil nikah asliARTIKEL BERKAITAN: [V] Aslam enggan ulas isu cerai dan rujuk dua kali, kes belum diputus mahkamah… Marissa masih sebumbung dengan suamiBagaimanapun, Umisya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi tersebut.Sebaliknya, ibu kepada tiga cahaya mata itu hanya membalas komen netizen dengan emoji berbentuk hati sebagai tanda menghargai doa yang diberikan.Untuk rekod, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada 2020 dan pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.Umisya dan Aslam kini mempunyai tiga cahaya mata. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 5, Nuh, 4, dan Haya, setahun.Nama pasangan ini sebelum ini turut menjadi perhatian selepas Aslam disahkan berkahwin dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember 2023, sekali gus menjadikan Umisya sebagai isteri pertama dalam perkahwinan poligami tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube