KEHADIRAN pelakon Nur Fazura di majlis pertunangan Bella Astillah pada Sabtu lalu mencuri perhatian apabila ramai memuji kecantikannya menerusi video yang tular media sosial. Rata-rata memuji penampilan Fazura yang disifatkan ‘stunning’, ‘glowing’ dan memiliki aura semula jadi, apatah lagi tampil anggun mengenakan baju kurung kuning mengikut tema majlis. “Cantik sangat Fazura. Tak jemu pandang dia.Kehadiran Fazura di majlis pertunangan Bella mencuri tumpuan ramai.“Cantiknya. Semoga Fazura pun temui jodoh dan pasangan yang baik.“You look absolutely stunning, your aura is glowing. Very royal vibes,” tulis beberapa pengikut. Berpeluang bertemu Fazura usai majlis terbabit, mStar sempat mengusik soalan mengenai jodoh dan aktres tersebut memberitahu dia masih belum bertemu pasangan dan menyerahkan sepenuhnya urusan itu kepada ketentuan Allah. ARTIKEL BERKAITAN: “Tahun ini saya raya sendiri” - Nur Fazura ARTIKEL BERKAITAN: "Bercinta selepas kahwin"... Que Haidar lerai spekulasi hubungan bersama Nur Fazura“Saya belum bertemu jodoh. Insya-Allah mudah-mudahan... doakan je,” katanya ringkas kepada mStar.Dalam masa sama, Fazura turut menzahirkan rasa gembira dan terharu atas kebahagiaan yang dikecapi Bella bersama pasangannya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.“Kepada adik saya Bella, Alhamdulillah, hari ini (Sabtu) Allah pertemukan anda dengan seorang lelaki yang budiman, penyayang, bertanggungjawab serta menyayangi anda dan anak-anak.“Saya tengok beberapa tahun ini Syed Saddiq sangat konsisten menjaga Bella dan meratukan Bella. Jadi saya sangat-sangat bahagia. Today I was holding my tears for you."Insya-Allah mudah-mudahan jodoh yang berpanjangan hingga ke akhir hayat,” katanya.Fazura mengakui masih belum bertemu jodoh.Fazura juga sempat menitipkan pesanan kepada Ahli Parlimen Muar itu agar terus menjaga Bella dengan baik dalam hubungan yang bakal melangkah ke fasa seterusnya.“Kepada Syed Saddiq, tolong jaga adik saya dan semoga Bella juga menjaga, seperti tadi Syed Saddiq pun dah cakap Bella memang menjaga dia lebih daripada itu. Itulah yang kita nakkan dalam sebuah perkahwinan.“Semoga Allah melancarkan dan memudahkan urusan kalian berdua daripada hari ini sampailah ke hari yang paling bahagia iaitu perkahwinan nanti dan kekal hingga ke akhir hayat,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube